1 Mei 2016, Update Santai Sempena Hari Buruh

Sudah 1 Mei hari ni..

Sejak habis belajar di UKM tahun 2005. Enam bulan lepas tu baru dapat kerja. Bukan senang tau. Mungkin ada orang yang rezekinya murah terus dapat kerja lepas habis belajar, tapi rezeki Jida mungkin datangnya lambat sikit. Sampai emak di kampung pun sudah mula risau bila lama sangat lihat anak daranya melepak je kat rumah. Makan, tidur, makan, tidur.

ruzidahdotcom

Jadi bila ada kawan offer kerja pertama ( title : kontrak je pun) masa tu, memang excited gila. Siap hari yang sama beli tiket bas dari Kota Bharu – KL. Time tu belum ada komitmen, bolehlah. Cumanya, mak ayah pesan jugaklah supaya pandai-pandai jaga diri di tempat orang.

Mencabar jugaklah kerja masa tu. Sebab kerjanya kena kejar dateline. Kadang-kadang balik malam. Naik pulak public transport. Nasib baik ada member sekapal. Susah senang kongsi bersama. Walaupun gaji kecik, rasa happy sangat masa tu. Yelah, masih fresh graduate.

Dari kerja contract based, lompat ke kerja permanent. Dari jadi designer, tukar jadi programmer. Dari tak kawen sampai lah dah anak dua dan masa berlalu sampai lah sekarang and the list will go on.  Hmmm..

Itu cerita 10 tahun lepas. Cerita tahun ni pulak dah tak de lah nak menyambut Hari Buruh lagi. Almaklumlah sudah jadi suri rumah dan genap sebulan. Fokus dengan bisnes online pulak. Tetap jugak busy cam biasa. Bezanya tiada lagi ‘ 9 to 6 ‘. Tiada lagi sibuk siap-siap nak pi kerja. Hantar anak kat sekolah, kat pengasuh. Rindu juga dengan kawan-kawan. Huhu..

dayana dalili
budak dua orang ni lah yg paling happy bila mama 24 jam ada kat umah..

Apa-apa pun setakat ini sudah dapat menyesuaikan diri berada dirumah. Kan surirumah jugak mampu ada duit sendiri? Entri terdahulu Jida ada tulis kenapa Jida suka bisnes online. Korang boleh baca kat sini tau.

Ok lah. Sekian dulu coretan di hari minggu ni. Semoga anda semua menikmati cuti hari buruh ini bersama keluarga tersayang dengan aktiviti yang bermanfaat. Selamat Hari Buruh!

(Visited 87 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!