10 cara bantu anak makan sayur dan buah

Assalamualaikum semua..

Ibu mana yang tidak risau sekiranya anak tidak mendapat khasiat yang secukupnya? Kalau boleh ibu-ibu semua kat sini nak anak mendapat nutrien yang seimbang kan? Tapi selalunya anak-anak ni memilih betul nak makan terutamanya sayur dan buah.. Terdapat 10 cara yang boleh anda ikut untuk bantu anak makan sayur dan buah.

1. Pastikan rumah anda sentiasa ada buah-buahan segar  seperti pisang, epal, pear dan limau. Susunkan buah-buahan dalam bakul yang cantik dan letakkan di atas meja makan. Cara ini boleh menggamit selera anak untuk menikmatinya.Bagi buah-buahan yang lebih besar seperti tembikai, betik dan jambu, bolehlah dipotong kecil-kecil dan masukkan ke dalam bekas kecil agar mudah anak anda mengambilnya. Simpan buah-buahan tersebut di dalam peti sejuk agar sentiasa segar dan sedap dimakan.

2. Jangan lupa hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran setiapkali waktu makan. Ketika makan tengahari, beri anak makan buah-buahan dulu sebelum hidangan utama. Sebelum bersarapan pula, anda boleh lah meletakkan potongan buah-buahan yang berwarna-warni pada bijirin sarapan paginya. Anak tentu akan lebih berselera menikmati makanannya.

3. Sekiranya anda sekeluarga makan diluar, pastikan menu yang anda pilih mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.

4. Semasa membeli buah-buahan atau sayur-sayuran , tanya anak buah atau sayur apa yang mereka gemari dan belikan . Inilah salah satu cara untuk menggalakkan anak makan makanan tersebut.

budak-shopping-buah

5. Galakkan seisi keluarga makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bukan hanya si kecil, anda sebagai ibu bapa terlebih dahulu harus memberi contoh, barulah anak-anak mengikut arahan anda tanpa mempertikaikannya.

6. Hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan cara yang kreatif agar anak-anak terpikat melihatnya dan berselera untuk menikmatinya. Contohnya, potong potong sayur-sayuran dan buah-buahan dalam bentuk yang menariknya. Buatkan seperti bentuk bintang,bulan, bola, empat segi dan bunga.

7.Jangan mudah berputus asa jika anak menolak buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda berikan. Ingat, usaha tangga kejayaan.

8. Berikan anak buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut citarasanya. Jika dia sukakan sayuran yang dimasak terlebih dahulu, masaklah dan jangan sesekali beri padanya sayur mentah. Begitu juga buah-buahan, jIka anak gemar dalam bentuk puri, buah-buahan boleh dikisar menjadi jem.

budak-makan-buah

9. Buah-buahan dan sayur-sayuran tak semestinya dimakan begitu sahaja. Anda boleh hidangkan buah atau sayur bersama yogurt atau coklat.

10.Sekiranya anda mempunyai kawasan atau tempat untuk menanam sayur-sayuran atau buah-buahan , ajak anak bersama menanamnya. Biarkan dia menjaga, menyiram dan membaja. Setelah tanaman matang atau masak,biarkan anak-anak memetiknya sendiri.Tugas anda hanya menyediakan hidangan berdasarkan ciarasanya.Tentu dia akan lebih teruja untuk menikmati makanan tersebut.

Nasib baiklah Dayana ni ikut papanya, suka makan buah-buahan. Tembikai, pisang, durian , anggur dan oren. Cuma, tang sayur tu kena improve lagi sikit. Bila kita cakap, “Kakak kena makan sayur? Jawapannya …”Upin cakap makan sayur tak sedap”. Aduhai anak, pengaruh kartun Upin Ipin betullah.

 

(Visited 465 times, 7 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!