10 Kesan Mudarat Pengambilan Gula Putih Berlebihan Dalam Pemakanan Harian

Sejak dari kecil, kita telah dikenalkan dengan gula sebagai pemanis dan penambah rasa untuk minuman juga makanan. Nak sedapkan tekak, amaun gula diletakkan mengikut citarasa kita. Dan, tanpa kita sedari, amalan kita dalam pengambilan gula ini sebenarnya mengundang risiko buruk pada diri kita di kemudian hari.

Istilah Gula

banyak ambil gula bahaya

Merujuk kepada wikipedia, gula adalah satu istilah bagi sekumpulan kristal karbohidrat yang boleh dimakan, terutama sukrosa, laktosa, dan fruktosa dicirikan oleh suatu rasa manis. Di dalam makanan, gula kebanyakan dirujuk hampir-hampir ekslusif merujuk kepada sukrosa, yang utamanya datang dari gula tebu dan gula bit. Gula lain digunakan di dalam industri penyediaan makanan, tetapi ia biasanya diketahui oleh nama-nama yang lebih spesifik seperti glukosa, fruktosa atau gula buah, air gula jagung fruktosa tinggi dan lain-lain.

Apakah Saranan Pengambilan Gula Yang Sepatutnya Di Ambil?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2003) menyarankan agar pengambilan gula tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Maka, pengambilan gula tambahan harian yang maksimum dalam diet anak anda tidak seharusnya melebihi 5 sudu teh sehari bagi kanak-kanak berumur 1-3 tahun dan tidak melebihi 7 sudu teh sehari bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun.

Sebagai panduan am, kalori daripada gula tidak seharusnya melebihi 160 kalori iaitu bersamaan dengan 8 sudu teh gula sehari. Ambil perhatian bahawa adalah lebih baik mengambil kurang daripada jumlah yang disarankan sehari.

Ini kerana, pengambilan gula adalah mudah untuk melebihi daripada saranan minimum ini jika tidak berhati-hati dengan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tambahan.

Apakah Kesan Pengambilan Gula Secara Berlebihan ?

1. Kegemukan

obesiti berat naik

Masalah obesiti atau kegemukan bukan perkara baru lagi dalam masyarakat hari ini. Terutamanya kepada mereka yang suka makanan manis namun gaya hidup kurang aktif. Gula yang diambil berlebihan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.

Artikel Berkaitan : Cara Untuk Mengurangkan Berat Badan Berlebihan.

2. Tekanan darah tinggi

Bila dah gemuk maka lemak banyak terkumpul di dalam badan. Jantung pula terpaksa bekerja keras kerana saluran darah semakin jauh. Apabila jantung terpaksa mengepam darah dengan kuat, maka tekanan darah meningkat.

Artikel Berkaitan : Kawal Darah Tinggi Sebelum Menjadi Serius.

3. Diabetes

Keadaan paras gula yang tinggi berlaku kerana pankreas gagal menghasilkan insulin. Gula yang tinggi dalam darah menyebabkan saluran darah tebal dan sempit. Jadi ramailah kaum kerabat penyakit datang bertandang ke badan kita.

4. Penyakit jantung

Saluran darah yang sempit menyebabkan jantung mengalami kekurangan darah yang beroksigen dan bernutrien. Pengaliran darah yang kurang lancar ke jantung menyebabkan otot jantung boleh berhenti berfungsi dan menyebabkan maut.

5. Fungsi imun terjejas

Ketika gula terlalu banyak dalam darah maka keupayaan sel-sel darah putih terganggu. Sel-sel ini yang sepatutnya menghalang gangguan virus, bakteria dan mikroorganisma ke sistem antibodi telah lari dari tugas. Akibatnya kita mudah mendapat penyakit.

6. Ketumbuhan tumor.

Masalah ini akan menyerang pesakit kanser. Gula yang berlebihan merangsang sel kanser mendapat bekalan minyak supaya merebak aktif ke seluruh badan. Perlu kita ingatkan bahawa sel kanser sangat suka kepada gula macam tuannya sendiri.

7. Osteoporosis

osteoporosis

Pengambilan gula yang banyak secara berterusan menyebabkan gangguan metabolisme dalam badan. Kepekatan kalsium dan fosforus tulang berkurangan jika ada lebihan sukrosa. Tulang akan reput dan menjadikan kita tua sebelum usia.

Artikel Berkaitan : Siapa Yang Berisiko Untuk Mengalami Osteoporosis ?

8. Proses penuaan

Radikal bebas yang semakin bertambah akibat pengambilan gula boleh merosak sel-sel badan.Radikal bebas bertindak balas kepada molekul sel-sel tubuh menyebabkan kita cepat tua dan kesihatan pula terjejas.

9.Terlalu aktif

Ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan berlaku akibat pengambilan gula berlebihan.Badan terpaksa mengeluarkan insulin secara kerap dan keadaan ini memberi kesan jika kandungan gula jatuh mengejut. Seseorang akan menjadi lebih aktif dan bersifat ganas jika hormon andrelin menguasai badan.

10. Kerosakan Gigi

Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries).
Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan
kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

Tips Mengurangkan Pengambilan Gula Dalam Kehidupan Seharian.

  • Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau
    air sirap dan kordial.
  • Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  • Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti
    buah-buahan.
  • Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
  • Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan
    sebelum tidur.
  • Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan.
  • Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan
    gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
  • Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis
    kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  • Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
  • Periksa kandungan gula dalam label minuman.
  • Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

Kesimpulannya, anda kenalah bijak dalam mengawal pengambilan gula. Pencegahan dari awal boleh mengelakkan kita dari merosakkan diri sendiri. Semoga info yang ada di dalam entri kali ini bermanfaat untuk anda.

(Visited 77 times, 7 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “10 Kesan Mudarat Pengambilan Gula Putih Berlebihan Dalam Pemakanan Harian

  1. Gula penyebab banyak penyakit bila diambil tanpa had. Sedangkan kita dah tahu bahayanya tapi masih belum serius dalam menangani pengambilan gula secara berlebihan.
    Ira recently posted…omegaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!