10 Makanan Untuk Kesihatan Mata, Agar Penglihatan Lebih Jelas

Semua yang ada pada tubuh badan kita adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Andai ada salah satu daripadanya makin berkurang fungsinya, memang terbataslah sikit pergerakan kita.

Begitulah juga sepasang mata milik kita. Mungkin atas sebab-sebab tertentu, penglihatan yang kita ada semakin lama semakin kurang jelas. Jadi apa yang kita boleh lakukan untuk menjaga kesihatan mata dan mencegah penglihatan kita daripada menjadi semakin teruk?

Pemakanan Yang Sihat Membantu Menjaga Kesihatan Mata.

10 makanan yang sihat untuk mata

Terdapat beberapa senarai makanan yang sesuai diamalkan untuk meningkatkan fungsi mata. Antaranya adalah seperti senarai di bawah ini.

Makanan Untuk Kesihatan Mata #1. Lobak Merah

Lobak merah kaya dengan Betacarotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Makanan Untuk Kesihatan Mata #2. Ikan Salmon

salmon

Ikan salmon memiliki kandungan Omega-3 lebih banyak jika dibandingkan dengan jenis ikan / makanan laut yang lainnya. Beberapa penelitian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan asid lemak omega-3 secara konsisten akan terhindar dari gangguan mata kering dan seterusnya dapat menjaga kesihatan mata dengan baik.  

Makanan Untuk Kesihatan Mata #3. Bawang Putih

Bawang putih

Kandungan selenium, vitamin C, vitamin B1, quercetin, dan glutathione pada bawang putih bermanfaat untuk melindungi mata dari radikal bebas seperti sinar UV. Selain itu bawang putih juga dapat menjaga aliran darah dan dapat memperkuat sel-sel optik juga daya tahan tubuh yang tentu saja akan membantu mata kita agar tetap sihat.

Makanan Untuk Kesihatan Mata #4. Kacang Walnut

Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

Makanan Untuk Kesihatan Mata #5. Tomato

Tomato jerawat

Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

Makanan Untuk Kesihatan Mata #6. Biji bunga matahari/Kuaci

kuaci bunga matahari

Kandungan selenium, vitamin E, dan zinc-nya mampu mencegah penyakit katarak dan degenerasi makular (age related macular degeneration, ARMD)
yang disebabkan oleh penuaan. Ia juga mengandungi vitamin B2 untuk mengatasi penyakit photophobia (sensitivitas mata terhadap cahaya).

Makanan Untuk Kesihatan Mata # 7. Telur

telur mata

Percaya atau tidak, telur juga baik untuk penglihatan. Sebatian sulfur, protein dan cysteine membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

Makanan Untuk Kesihatan Mata #8. Bayam

bayam

Sama halnya seperti telur, bayam juga banyak mengandung lutein dan zeaxanthin. Selain itu kandungan vitamin C-nya juga mampu mencegah glaukoma.

Makanan Untuk Kesihatan Mata #9 Avocado

avocado

Buah yang satu ini memiliki kandungan lutein tertinggi di antara buah-buahan lainnya. Selain itu, avocado juga dapat membantu penyerapan nutrisi seperti alpha karoten dan beta karoten. Nutrisi ini memiliki fungsi penting sebagai bahan pembentuk vitamin A.

Makanan Untuk Kesihatan Mata #10. Coklat Hitam

coklat hitam

Coklat hitam (dark chocolate) ternyata dapat meningkatkan ketajaman penglihatan. Ia mengandungi flavonoid yang melindungi pembuluh darah mata sehingga secara automatik dapat memperkuatkan kornea dan retina.

Jagalah Kesihatan Mata Kita.

Sayangi mata sebagaimana kita begitu teliti menjaga kulit wajah. Selain daripada menjaga mata dengan mengamalkan makanan-makanan yang bersesuaian, anda juga boleh mengambil suplemen untuk mata anda. Insha Allah, dengan ikhtiar dan usaha yang berterusan, kuasa mata yang baik dapat ditingkatkan.

Jemput juga baca entri Jida yang terdahulu mengenai Punca Mata Semakin Rabun dan Cara Mengatasinya Dan Mata Kabur Akibat Diabetes, Kini Beransur Pulih.

Semoga info-info ini bermanfaat untuk anda. Terima Kasih.

(Visited 138 times, 5 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!