10 Malam Terakhir Ramadhan

Dalam kita dok kalut dengan persiapan raya yang segala macam. Buat biskut lah, jahit langsir lah, shopping baju baru lah dan lain-lain lagi. Jangan pula kita abaikan ibadah dalam 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan ini. Sekejapnya dah masuk hari-hari terakhir Ramadhan.

Mencari Malam Lailatul Qadar

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29.

Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir.

Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Apakah kelebihan malam lailatul qadar?

Lailatul Qadar yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, ‘lebih baik daripada seribu bulan

Apa-apa pun ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, berzikir kepada Allah, dan lain-lain ibadah adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.

Beberapa amalan yang dianjurkan pada  10 amalan terakhir ini adalah seperti :-

10 malam terakhir

Mulai sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, seseorang itu hendaklah memperbanyakkan solat malamnya. Antaranya seperti solat tahajud dan taubat.

Di samping itu, kita juga turut dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para Ulama telah bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT.

Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar.

Sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan merupakan kesempatan emas bagi setiap muslim untuk memperoleh pahala dari Allah. Oleh kerana itu, umat Islam haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah dengan melakukan amalan-amalan 10 hari terakhir Ramadan kerana kita tidak akan pernah tahu kita masih dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadan yang akan datang atau tidak.

Semoga kita dapat meraih sebanyak mungkin pahala pada Ramadhan kali ini..Insha Allah.

(Visited 503 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

5 thoughts on “10 Malam Terakhir Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!