10 Panduan Semasa Memperkenalkan Makanan Pejal Pada Bayi 6 Bulan, Ibu Mesti Tahu

Sekejap sahaja masa  berlalu. Akhirnya bayi anda kini sudah berusia 6 bulan. Walaupun dia belum menunjukkan tanda-tanda tumbuh gigi, anda kini sudah dapat memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda.  Akan tetapi sebelum itu, anda perlu mengetahui panduan yang perlu semasa dalam proses memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda.

bayi makan puri 6 bulan

Berikut adalah antara panduan yang boleh diikuti dalam menjadikan proses memperkenalkan makanan pejal pada bayi berjalan dengan lebih lancar dan menarik.

1- Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari.

2- Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal.

3- Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairka dengan mencampurkannya bersama susu ibu.

4- Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.

5- Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.

6- Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

7- Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan.

8- Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa.

9- Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama empat hingga tujuh hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. Adakah dia mengalami masalah penghadaman kepada makanan yang anda berikan itu.

10- Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya.

Untuk mendapatkan resepi PURI BAYI 6 BULAN, sila KLIK SINI. Terdapat beberapa jenis resepi yang boleh anda cuba dan beri kepada anak anda. Semoga anda mendapat manfaat daripada info ini. TQ.

(Visited 828 times, 13 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “10 Panduan Semasa Memperkenalkan Makanan Pejal Pada Bayi 6 Bulan, Ibu Mesti Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!