10 Perkara Mengenai Cara Simpan Susu Perahan, Ibu Mesti Tahu

Bagi ibu-ibu yang bekerja atau yang bakal berjauhan(berkursus, melancong  dan sebagainya) dengan anak akan menyimpan susu perahan sebagai bekalan untuk anak mereka. Bagi ibu-ibu yang pertama kali mengepam dan membuat stok simpanan susu ibu, di sini Jida menyediakan beberapa panduan untuk anda.

cara-simpan-susu-perahan

1 –BOTOL KACA

Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan dalam botol kaca.

2 – BOTOL PLASTIK

Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.

3 – LEBIH MUDAH

Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan taska tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko. Kalau terpecah karang, susah woo nak ganti!

4 – KEDAP UDARA

Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.

5 – BEG KHUSUS

Simpanlah botol-botol simpanan susu di dalam sebuah beg khusus agar anda mudah membawanya ke mana-mana.

6 – ISI DENGAN PEK AIS

Dalam memastikan kesegaran susu, beg simpanan tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus. Panduan ini untuk ibu yang bekerja seharian di pejabat. Bayangkan kalau anda pam pukul 10, dan dibiarkan dalam suhu biasa. Tentu sahaja rosakkan susunya?

7- PILIHLAH BEG YANG  EFEKTIF

Dalam keadaan tertentu, beg penyimpanan juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi. pilihlah beg yang efektif, bukannya yang cantik sahaja.

8 – SURVEY HARGA

Walaupun syarikat pengeluar pam susu ibu turut menjual beg penyimpanan susu ibu. Survey dululah harganya. Mungkin beg diluar lebih murah dan elok.

9 – PLASTIK NIPIS

Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani kebocoron atau tertumpah.

10 – BOTOL BERWARNA

Penggunaan botol simpanan susu ibu yang bewarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada pewarnanya luntur dan memasuki susu ibu.

————————————————————–

Semoga Bermanfaat.

 

(Visited 319 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!