10 Sebab Ibu Gagal Menyusukan Anak Sendiri

Setiap kali berjumpa dengan ibu yang mempunyai anak kecil. Mulut ni ringan je nak bertanya samaada dia menyusu badan anaknya atau tidak. Bukan nak sibuk hal orang sangat tapi kalau boleh berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan dengan ibu lain memang seronok. Tapi, bila ibu yang Jida jumpa bagitau yang dia tak menyusukan anak dia atas sesuatu alasan yang kurang best didengar. Terus rasa terdiam sekejap. 

Susu

Dalam entri kali ni, Jida nak share beberapa faktor yang menyebabkan ibu-ibu gagal untuk menyusukan bayi. Antaranya ialah seperti :-

1) Tiada keyakinan

KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda sepenuhnya sehingga 2 tahun. Malah dengan ke’YAKIN’an juga lah dapat membantu ibu menangani sebarang cabaran mendatang. Buangkan sikap negatif dan putus asa sekiranya anda benar-benar ingin menyusukan bayi.

2) Kurang ilmu

Ramai ibu-ibu yang cetek ilmu tentang penyusuan. Mereka bergantung dengan pengeluaran susu ibu yang ada sahaja tanpa berusaha untuk mencari cara untuk membekalkan susu ibu yang mencukupi pada bayi. Tanpa ilmu tentang susu ibu, anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Sebenarnya, jika anda gali ilmu penyusuan dan tahu tips dan cara yang betul dalam memberi susu ibu. Insha Allah, susu anda akan cukup untuk diberikan pada si kecil yang tersayang.

3. Tidak bersungguh-sungguh

Nak menyusukan anak, kena ada kesungguhan yang tinggi. Apabila ibu sendiri pun sambil lewa mengenainya, bagaimana bekalan susu untuk anak dapat dicukupkan.  Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, tak larat mengepam, maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

4) Tiada sokongan suami 

Peranan seorang suami juga sangat penting dalam menjayakan misi penyusuan susu ibu. Sebagai seorang suami, anda adalah orang terdekat yang sepatutnya memberi sokongan di kala isteri anda ‘down’ atau mengalami masalah semasa menyusukan anak. Beri kata-kata semangat supaya isteri tidak mudah putus asa. Jangan tinggalkan mereka berseorangan, mereka akan lebih kuat sekiranya anda juga menyokong.

5) Cepat putus asa

Sikap ini harus dielakkan dalam diri ibu-ibu. Sepanjang tempoh penyusuan, ibu-ibu mungkin akan berdepan dengan masalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita anda untuk menyusu pasti tidak akan kesampaian.

6) Tidak bersedia 

Bagi ibu yang bekerja, anda sepatutnya membuat persediaan yang rapi sebelum mula bekerja. Semasa dalam tempoh berpantang lagi anda patut mula menyimpan stok susu ibu untuk dibekalkan pada nurseri atau tempat asuhan. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.

7) Tidak kisah

Sikap sebegini tidak sepatutnya dimiliki oleh seorang ibu. Menyusukan anak sangat besar manfaatnya pada ibu dan bayi. Jangan ambil mudah dengan terus memberikan susu formula pada bayi. Berubahlah demi kebaikan bersama.

8) Tidak jaga pemakanan 

Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat penting untuk memastikan penghasilan susu ibu mencukupi. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.

9) Stress

Minda yang tenang sangat diperlukan dalam tempoh penyusuan. Belajarlah untuk mengawal tekanan yang dihadapi sehari-sehari agar tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah, kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.

10) Kurang berdoa pada-Nya

Sebagai seorang Muslim, doa ibarat senjata kita. Selalulah berdoa dengan bersungguh-sungguh pada-Nya agar usaha anda dipermudahkan. Mintalah dengan sepenuh jiwa agar doa anda di makbulkan olehNya.

Kata orang kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Banyak yang boleh diusahakan sekiranya benar-benar mahu.

Begitulah yang berlaku pada kisah seorang ibu ini. Akibat tiada pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu, dia gagal menyusukan anak pertama dan keduanya. Namun, bila lahir anak ketiga, lain pula jadinya. Jom ambil iktibar dari kisah ibu ini.

Testimoni ibu menyusu

Akak ni dik nama je anak 4 tapi masa anak first dan no 2, akak tak susukan, sebab tak tahu. Susu takde lah, puting tenggelamlah, mcm2 je alasan akak.

Tapi masa anak no 3, akak nak sgt susukan anak akak. Dari situlah kenal Shaklee. Akak ambik set susu tu..alhamdulillah dpt nyusu anak akak 1 tahun, seronok sangat. Stop pun sebab pregnant lagi.?

Ni anak no 4, alhamdulillah nak masuk 2 tahun dah menyusu. Siap ada 2 lagi anak susuan..hehehe..

Yang best lagi, akak berjaya ajar beberapa orang mak2 muda susu anak plg sekejap 6 bulan..seronok tgk diaorang dapat susukan anak  wpun baru anak 1st…akak bagi diaorang try esp dan alfalfa je dulu. .siap beli esp tu untuk nak cantik kulit dan tenaga je, wpun dah x menyusu.

Siap skrg ni akak jadi support group lagi untuk sebuah klinik kesihatan dlm prgrm penyusuan.. Alhamdulillah, ni semua mula dengan Shaklee. ❤❤❤

Alhamdulillah. Memang terbaiklah Set Penyusuan Shaklee.

Anda juga ingin menjadi Mama Gojes seperti ibu ini? Haruslah cepat-cepat grab Set Penyusuan hari ini juga.

Klik Di Bawah Untuk Melihat Testimoni Set Penyusuan Pengguna Yang Lain.

Testimoni Set Penyusuan (1)

Testimoni Set Penyusuan (2)

Anda boleh hubungi Jida melalui nombor yang tertera di bawah:

013-6691930

Ruzidah Abdullah 

 ID : 933174

FB : RUZIDAH ABDULLAH

KONSULTASI BERTERUSAN & PERCUMA UNTUK PELANGGAN SAYA

COD sekitar Banting & Dengkil

POS ke seluruh Malaysia.

KLIK LIKE Di Fanpage Saya VITAONLINESHOP untuk INFO PERCUMA

(Visited 207 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “10 Sebab Ibu Gagal Menyusukan Anak Sendiri

  1. Teringat pengalaman diri sendiri.
    Memang berniat nak menyusukan anak sebab tahu kebaikan menyusu anak boleh elakkan barah payudara.
    Tapi tak gali ilmu sejak awal mengandung.
    Mujur masa ikut suami pergi kursus di trimester ke3, duduk di hotel rehat-rehat sambil google pasal penyusuan susu ibu.
    Rupanya, banyak benda nak kena tahu. Alhamdulillah.. sempat juga gali.
    Akhirnya, dapat juga menyusukan anak first sampai dia umur 2 tahun.
    Ros recently posted…Penantian Dapat Kulit Cantik Selepas 11 BulanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!