10 tanda awal kehamilan

Setiap individu mungkin mengalami tanda kehamilan yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang mengalami tanda -tanda yang ketara dan ada pula yang biasa – biasa sahaja. Di sebabkan keunikan seseorang itu, disini terdapat 10 tanda yang mungkin pernah di antara kita alaminya. Antaranya ialah :-

tanda hamil AWAL

1. Mengidam

Ya, Bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai symptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrient tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa symptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari dari hari pertama haid terakhir anda.

2. Warna aerola menjadi gelap

Jika kulit di sekeliling putting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses pernyawaan telah berjaya.Walau bagaimana pun, ini mungkin juga tanda tidak keseimbangan hormone yang tidak berkaitan dengan kehamilan , ataupun bekas daripada kesan kehamilan yang terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi,  anda mungkin mengalami pendarahan inplantasi , iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

4. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormone human chorionic gonadoptropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan

Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Balik kerja je terus rasa nak baring. Sebenarnya, tahap hormone yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari marathon , sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah symptom yang pasti tanpa kehadiran symptom-symptom lain.

6. Payudara melembut dan membengkak

Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitive terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormone ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah

Anda mungkin perasan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak tahan rasa kopi, the atau makanan yang biasanya mereka suka. Macam saya, saya sangat tidak suka ayam, sampai tidak boleh bau orang goreng ayam pun. Dua kali mengandung pun sama. So, senang lah detect kalau mengandung lagi nanti. Hehe..

8. Mabuk hamil pagi

Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan.( Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung. ) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid

Jika haid anda biasanya teratur  dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak  datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi wanita yang telah baligh dan mempunyai kitaran haid yang teratur.

10. Ujian kehamilan yang positif 

Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid  dan garisan bir kelihatan dalam alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doctor anda untuk memastikan berita baik ini.

(Visited 868 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!