10 Tips Elakkan Ruam Lampin dari berulang-ulang

Ruam yang diakibatkan oleh lampin boleh menyebabkan kulit anak kita menjadi merah dan radang samada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. Keadaan ini juga boleh menyebabkan seorang bayi itu asyik merengek kerana tidak selesa dengan keadaan kulitnya dan mungkin juga merasa pedih di bahagian yang terkena ruam tersebut.

Sebagai ibu bapa, anda perlulah mengambil langkah-langkah segera untuk memastikan si manja anda bebas daripada ruam dan selesa sepanjang hari.

ruam-lampin-bayi

10 langkah memastikan ruam bayi tidak berulang-ulang ialah seperti :-

1- Bersihkan bahagian punggung dan sekitarnya dengan air setiap kali menukar lampin atau buang air. Elakkan menggunakan tisu bagi memastikan kawasan tersebut benar-benar bersih. Selepas basuh, lap dengan tuala lembut sehingga kering.

2- Sentiasa pastikan kawasan punggung dan alat sulit bayi sentiasa kering. Permukaan yang lembab akan menyebabkan ruam lambat pulih.

3- Bebaskan anak tanpa memakai lampin (pakai seluar sahaja). Letakkan bayi atas tuala lembut yang bawahnya di alas pelapik kalis air (jika masih bayi). Semakin lama si manja bebas dari lampin, lebih mudah ruam lampin untuk hilang.

4- Sapu krim dengan nipis di bahagian jangkitan. Hati-hati dengan krim yang mengandungi bahan kimia kerana kulit bayi anda mungkin sensitif dengan bahan tersebut. Pilihlah krim yang tidak mengandungi bahan kimia dan bersifat semulajadi.

5- Tukar lampin yang biasa anak anda pakai ke jenama lain dan tukar juga baby wipes mereka. Ini kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sensitif dengan material lampin tertentu, maka ibu bapa harus mencari lampin yang serasi dengan anak mereka.

6. Latih anak-anak yang berusia dua tahun ke atas untuk membuang air di tandas. Selain dapat mengelakkan ruam, ibu bapa juga dapat menjimatkan duit bagi perbelanjaan lampin pakai buang.

7. Elakkan bayi atau anak anda menggaru bahagian yang dijangkiti. Menggaru boleh menyebabkan ruam makin teruk dan lambat sembuh.

8. Tukar lampin bayi dan anak anda dengan kerap. Jika anda dapati penjaga di taska/ pengasuh tidak kerap menukar lampin, anda perlu menghubungi penyelia tasak/ beritahu pengasuh dan terangkan situasi anak anda. Minta mereka pantau keadaan anak dan bekalkan juga krim atau ubat yang diperlukan untuk merawat masalah tersebut.

9. Elakkan menyapu bedak serbuk pada bahagian ruam lampin kerana ia lebih memburukkan keadaan.

10. Elakkan menggunakan pelembut fabrik kerana itu mungkin punca ruam dan cuba tukar bahan pencuci untuk mencuci kain lampin ( jika guna lampin kain ).

Samaada anda ibu yang bekerja atau surirumah, masalah ruam tetap terjadi pada anak kita. Maka, adalah tanggung jawab kita untuk memastikan si manja selesa dan sihat sepanjang hari.

(Visited 766 times, 13 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!