10 Tips Nak Perut Kempis Dan Kurus Sebelum Raya

Masih ada masa kalau anda nak ratakan sikit perut anda sebelum raya. Macam tahun lepas, berjaya jugalah turun dua kilo lepas berpuasa sebulan. Alhamdulillah, itulah hikmah kalau boleh jaga makan dan kawal makan agar berpada-pada.

Tidak diragukan lagi, dugaan paling payah nak elak adalah bila nampak makanan sedap. Tak tahan tau tengok makanan zaman sekarang ni. Macam-macam style nak pikat pelanggan. Lihat sahajalah di aplikasi Facebook, pelbagai jenis makanan yang menarik selalu sangat melintas di newsfeed kita. Boleh menitik air liur kalau tak dapat.

Tapi, kalau anda betul-betul nak kempiskan perut sebelum raya ni. Dugaan sebegini anda tak boleh lah nak layan sangat. Kena pandang sebelah mata sahaja tau. Sebab misi kita nak jaga makan bukan sekadar nak tampil lebih bergaya dan berkeyakinan, tapi juga untuk kesihatan badan kita.

Oleh itu, di sini Jida nak kongsikan dengan anda 10 tips untuk perut kempis menawan sebelum menjelang hari raya.

10 tips nak perut kurus dan rata

Lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan dan seterusnya Hari Raya bakal menjelma. Untuk menjayakan misi anda mendapatkan tubuh yang diidamkan di Hari Raya nanti, anda perlu lah mendisplinkan diri untuk menjaga pemakanan anda dengan mengamalkan tips berikut:-

1. Makan dengan sihat dan mengurangkan makanan ringan.

Kalau sebelum ni anda suka sangat simpan makanan ringan sebagai stok di rumah dan pejabat. Cuba gantikan gula-gula dan jajan/cikedis dengan buah-buahan atau kekacang. Kalau rasa lapar sangat di pejabat misalnya, makanlah buah-buahan sebagai ‘snek anda’. Bila keluar shopping dengan keluarga pun, elakkanlah makan di restoran yang menjual makanan segera. Pilihlah kedai makan yang menjual makanan berkhasiat sebagai pilihan utama. Anda akan merasai perubahannya sekiranya anda menjaga pemakanan seperti ini.

2. Banyak makan protein tanpa lemak.

Apabila memilih makanan berprotein, pilih daripada bahagian daging pejal, daging yang kurang lemak, ayam dan ikan. Juga biasakan memilih sumber protein (selain daripada haiwan) seperti kekacang, kacang kuda, kacang buncis dan produk berasaskan soya.

Tubuh mencerna protein lebih lambat dari lemak atau karbohidrat, sehinggakan anda merasa kenyang lebih lama. Biasanya berlaku jika anda bersarapan dengan menu tinggi protein. Protein juga mampu mengawal nafsu makan seseorang dan ini bermaksud kuranglah kalori yang masuk ke dalam badan kita.

>> Minuman tinggi protein yang sesuai untuk anda amalkan setiap kali sarapan dan minum petang adalah ESP yang diperbuat daripada kacang soya Non-Gmo. Dalam misi Jida nak turunkan berat badan dulupun memang Jida amalkannya setiap hari. InshaAllah berkesan.

3. Makan bijirin penuh.

Pilihan terbaik adalah dengan mencari label yang ditanda  100% whole wheat atau 100% wholegrain dan bukan hanya tepung gandum. Bijirin memastikan perut anda rasa penuh dan tetap kenyang dalam kadar yang lebih lama. Ia juga boleh membantu dengan penurunan berat badan dan mendapat perut yang rata.

4. Pengambilan produk tenusu rendah lemak.

Beralihlah daripada produk tenusu yang tinggi lemak kepada yang rendah lemak, kaya protein dan vitamin B6. Kalau boleh sebelum membeli produk tenusu, periksalah label yang tertulis diluar kotak.

5. Makan makanan dengan pengambilan yang lebih kecil sepanjang hari.

Makan hanya cukup sehingga anda berasa kenyang.  Tunggu sehingga anda berasa hampir lapar lagi sebelum makan. Berilah tumpuan kepada hanya makan makanan yang sihat, dan mengelakkan makan gula-gula kerana ia membuat anda berasa letih  dan teringin nak makan lagi dan lagi . Ambil sedikit masa di antara setiap masa menggigit makanan apabila makan. Ia akan membantu anda tersedar yang sebenarnya anda sudah kenyang. (Makan dengan tertib , jangan gelojoh).

6. Ambil makanan yang berindeks rendah glisemik.

Makanan ini mengambil masa yang lama untuk mencerna, kenyang pun lebih lama. Ini kerana, Badan anda menyerap nutrient secara perlahan-lahan, kejatuhan gula dalam darah juga tidak lah secara mendadak. Contoh makanan rendah glisemik ialah kobis, Saderi, timun Zuchini, daun salad gelap, buah pir, tomato, brokoli, pisang, epal dan beri.

Baca juga : ESP Makanan Indeks Glisemik Rendah Yang DiSyorkan Untuk Pesakit Kencing Manis

7. Jangan makan apa-apa kira-kira dua jam sebelum tidur.

Akibat daripada kesibukan kita bekerja sepanjang hari, kadang-kadang makan pun tidak menentu. Sampai rumah dah maghrib, pukul 10 malam baru dapat makan malam. Lepas tu dah nak tidur dah. Mana badan tak naik kalau waktu makan macam tu.

Badan anda lambat memproses dan tidak dapat mencerna dengan betul ketika anda tidur. Oleh sebab itulah anda digalakkan untuk makan malam sebelum pukul 8. Jangan lah pukul 12 malam pun masih bersidai di kedai mamak pekena teh tarik dan roti canai lagi. Hari-hari macam tu, memang parah jadinya.

8. Minum air.

Anda perlu menggantikan semua minuman biasa dengan air, terutamanya soda dan minuman bergula. Air akan menjadikan anda lebih mudah untuk menurunkan berat badan. Pertimbangkan air berperisa jika perlu.

Ada satu petua yang Jida baca hari tu, katanya minum air limau boleh meningkatkan kadar metabolism anda. Tapi pastikanlah, gulanya jangan berlebih-lebih pula. Ataupun lagi bagus kalau boleh minum air limau tanpa gula. Lebih berkhasiat, Insha Allah.

Pernah dengar air detoks. Air detoks juga elok diamalkan untuk tujuan ini. Di dalam entri Jida yang terdahulu, ada Jida tulis mengenai Air Detok Dan Cara Untuk Membuatnya. Jemput baca di sini >> Air Detok Dan Cara Untuk Membuatnya.

>> Perhatikan juga warna air kencing anda. Air kencing anda seharusnya berwarna kuning atau warna yang jelas. Kuning gelap dan berbau boleh menjadi petanda bahawa anda adalah dehidrat (tidak cukup air dalam badan).

9. Kurangkan pengambilan garam.

Garam menyebabkan badan anda mengekalkan air yang menyebabkan anda kelihatan kembung- terutamanya dibahagian abdomen. Oleh itu, cubalah kurangkan pengambilan garam dalam menu seharian. Kalau boleh elakkan makan diluar kerana makanan luar banyak menggunakan garam dan perisa untuk menyedapkan makanan yang dimasak. Masak sendiri lebih berkhasiat kerana anda dapat mengawal bahan yang digunakan didalam masakan anda.

10. Lakukan senaman

Senaman juga penting dalam membantu tubuh menjadi lebih fit dan sihat. Jangan jadikan alasan sibuk bekerja sebagai halangan untuk tidak bersenam. Di pejabat juga ada cara tertentu untuk menjadikan rutin anda lebih sihat seperti naik turun tangga dan banyak berjalan. Sekiranya berkempatan, tetapkan 10 minit setiap pagi untuk sesi work out. Lakukannya sebagai rutin.

Mulakan Hari Ini, Jangan Bertangguh

Insya Allah, dengan mengikuti semua tips di atas, misi anda untuk kempiskan perut akan berjaya. Jadi buat sekerat jalan je, kena buat setiap hari. Tetapkan matlamat anda, dan hasilnya pasti manis.

Semoga Berjaya.

(Visited 168 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!