10 tips perut kempis dan menawan

Bukan senang nak memastikan perut kita ini kekal kempis dan cantik macam anak dara.  Lagi-lagi kalau pernah mengandung dan melahirkan anak. Kadang-kadang tu anak dah lahir tapi perut macam orang mengandung. Malu kan bila ada yang menegur . Berapa bulan dah tu? Malu…maluu..

perut-gemuk

Disini saya nak kongsikan dengan anda 10 tips untuk perut kempis menawan.

1. Makan dengan sihat dan mengurangkan makanan ringan.Menggantikan gula-gula dan jajan/cikedis dengan buah-buahan atau sayu-sayuran. Anda akan lihat perbezaannya.

2. Banyak makan protein tanpa lemak. Kacang dan daging tanpa lemak juga agak baikuntuk anda selagi anda tidak makan lemak!

3. Makan bijirin penuh. Iaitu dengan mencari label yang mengatakan  100% whole wheat atau 100% wholegrain dan bukan hanya tepung gandum. Bijirin memastikan anda rasa penuh dan masih kenyang lagi. Ia juga boleh membantu dengan penurunan berat badan dan mendapat perut yang rata.

4. Makan produk tenusu rendah lemak. Beralih kepada tenusu yang tinggi lemak kepada yang rendah lemak, kaya protein dan vitamin B6.

5. Makan makanan dengan pengambilan yang lebih kecil sepanjang hari.  Makan hanya cukup sehingga anda berasa kenyang.  Tunggu sehingga anda berasa hampir lapar lagi sebelum makan. Memberi tumpuankepada hanya makan makanan yang sihat, dan mengelakkan makan gula-gula kerana ia membuat anda berasa letih  dan teringin nak makan lagi dan lagi  . Ambil sedikit masa di antara setiap masa menggigit makanan apabila makan. Ia akan membantu anda tersedar yang sebenarnya anda sudah kenyang. (Makan dengan tertib , jangan gelojoh).

6. Makan makanan yang berindeks rendah glisemik. Makanan ini mengambil masa yang lama untuk mencerna, kenyang pun lebih lama. Ini kerana, Badan anda menyerap nutrient secara perlahan-lahan , kejatuhan gula dalam darah juga tidak lah secara mendadak . Contoh makanan rendah glisemik ialah Kobis, Saderi, TImun Zuchini, daun salad gelap, bawang pir, toamato, brokoli, pisang, epal dan beri.

7. Jangan makan apa-apa kira-kira dua jam sebelum tidur. Badan anda lambat memproses apabila anda tidur makanya badan lambat tidak boleh mencerna makanan dengan betul ketika tidur.

8. Minum air. Anda perlu menggantikan semua minuman biasa dengan air, terutamanya soda dan minuman bergula. AIr akan menjadikan anda lebih mudah untuk menurunkan berat badan. Pertimbangkan air berperisa jika perlu. Mnum air limau dikatakan cara semulajadi bagi mempercepatkan metabolism anda . Air kencing anda seharusnya berwarna kuning atau warna yang jelas. Kuning gelap dan berbau boleh menjadi petanda bahawa anda adalah dehidrat. SIla ingat jika anda minum terlalu banyak air, perut anda akan berkembang dan memnyebabkan ia menjadi lebih besar dan ia akan membuat anda lebih lapar. Jadi, hanya minum air secukupnya untuk membuat anda berpuas hati.

9. Kurangkan pengambilan garam.Garam menyebabkan badan anda mengekalkan air yang menyebabkan anda kelihatan kembung- terutamanya dibahagian abdomen.

10. Tiada pengambilan alcohol. Satu botol arak sebenarnya mengandungi kira-kira 600kalori di dalamnya! Dan, dah tentu bagi yang Islam, pengambilan alcohol adalah haram dalam agama Islam.

(Visited 273 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!