11 Makanan Pembakar Lemak, Yang Mudah Diperolehi

Menurut Christine Gerbstadt, ahli diet dan jurucakap American Dietetic Association , kadar metabolisme yang lambat bukan disebabkan usia, tetapi turut dikaitkan dengan komposisi badan. Ia meliputi faktor genetik, diet, dan aktiviti kecergasan yang dilakukan.

Kadang-kadang tanpa kita sedari, makanan yang ada di rumah kita adalah merupakan antara makanan pembakar lemak yang terbaik. Lagi-lagi sekiranya kita dalam misi untuk kurangkan berat badan. Cuba intai-intai ada tak makanan ini di rumah anda.

Makanan pembakar lemak

1 – Teh Hijau
Teh yang paling efektif untuk menurunkan berat badan. Mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan dan menstabilkan berat badan.

2 – Madu
Madu yang diminum dengan air suam setiap pagi mampu membakar lemak di dalam badan.

3 – Beras Perang
Beras ini mempunyai kandungan chromium yang tinggi, iaitu sejenis mineral yang membantu melancarkan tahap gula dalam darah.

4 – Kacang Walnut
Kacang ini kaya dengan asid lemak omega-3 yang menggalakkan pembakaran lemak dan berupaya membakar lebih kalori dalam sehari.

5 – Oats
Bukan sahaja mengenyangkan dan sedap, oat juga membantu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Jadi amalan mengambil oat setiap pagi sangat membantu rutin diet anda.

6 – Telur
Telur juga merupakan sumber protein seimbang yang sangat baik untuk membantu anda membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot semasa anda kehilangan berat badan.

7 – Cili
Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya. Ia merupakan makanan pembakar lemak
yang boleh meningkatkan metabolisma dan membantu membakar kalori.

8 – Epal
Kaya dengan antioksidan. Ia juga mengandungi pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam badan kita.
9 – Yogurt Rendah Lemak
Yogurt rendah lemak adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protein dan kalsium. Ia terbukti boleh mempercepatkan metabolisme badan. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak boleh mengurangkan berat badan sehingga 2 kali lebih cepat. Ini disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1200mg kalsium sehari berbanding orang yang kurang mendapat kalsium

10 – Buah-buahan jenis limau
Buah-buahan jenis limau terbukti membantu meningkatkan tahap insulin dalam badan. Ia juga membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi membantu mengurangkan berat badan anda.

11 – Dark chocolate
Mengandungi flavonoids yang membantu mengurangkan kolestrol dalam badan dan membakar lemak degil.

Rasa-rasanya berapa banyak makanan yang anda suka daripada 11 jenis makanan di atas. Kalau jawapannya tiada, maka biasa-biasakan lah diri untuk menyenaraikan sekurang-sekurangnya tiga item dalam menu yang anda ambil setiap hari. Selamat mencuba dan pilihlah untuk kurus dengan cara yang selamat dan semulajadi

(Visited 402 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

9 thoughts on “11 Makanan Pembakar Lemak, Yang Mudah Diperolehi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!