11 Makanan untuk Kulit Cantik dan Mulus

Assalamualaikum w.b.t

Bila kita sentuh kulit bayi, lembutnya lahai kan. Seronoknya kalau dapat kulit selembut, segebus dan sesuci kulit bayi kan.  Macam mana nak dapat  kulit cantik dan mulus? Dah bertahun-tahun terdedah dengan pencemaran udara, kena penghawa dingin, makan tak jaga dan lain-lain lagi..mana la kulit kita nak muda remaja macam dulu. Tahukah anda terdapat banyak makanan yang sesuai untuk individu yang sering mengimpikan kulit yang cantik dan sihat.

kulit cantik mulus

Berikut adalah makanan yang boleh membantu anda mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diharapkan.

1- Timun

Kulit wajah yang kasar sering menimbulkan keresahan terutamanya bagi individu yang semakin berusia. Timun boleh membantu mengatasi masalah ini dengan menjadikan ia sebagai masker. Parut hujung timun dan gaul dengan tepung jagung serta sedikit air. Kemudian sapukan pada keseluruhan muka sebelum tidur dan cuci pada keesokkan  harinya. Di samping itu, timun juga sedap di makan sebagai ulam  atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan. Ia mengandungi lycopene yang tinggi yang mana boleh menjadikan wajah merah berseri terutamanya di sekitar pipi.

2-Bayam

Bayam mengandungi protein , lemak , karbohidrat, kalium , zat besi, amarantin, purin dan vitamin (A,B dan C). Makan bayam setiap hari boleh mengurangkan risiko kedutan pada kulit wajah.

3- Badam

Mereka yang gemar makan badam akan memiliki kulit yang lebih sihat berbanding dengan mereka yang tidak ambil badam langsung. Ini kerana badam kaya dengan dengan vitamin E yang berfungsi sebagai antioksida agar kulit menjadi lebih sihat dan kuat khususnya dibawah cahaya matahari.

4- Lobak Merah

Lobak merah dapat ditemui dengan mudah di seluruh dunia.  Ia membantu mempertahankan paras asid dan alkali yang tepat untuk tubuh badan kita. Lobak merah baik untuk mata, kulit, tulang, hati dan otot-otot. Lobak merah juga membantu tubuh kita membersihkan darah, membantu sistem pencernaan dan anti- gas perut.

5- Coklat Hitam

Coklat hitam mengandungi antioksida yang membantu tubuh anda bebas dari radikal  bebas. Radikal bebas ini boleh menyebabkan penuaan dan kanser. Kandungan  antioksida di dalam coklat hitam boleh melambatkan penuaan dan melindungi anda  dari kanser.

6- Teh Hijau

Teh hijau merupakan salah satu jenis teh yang dibuat dari daun teh Camellia Sinensis yang dipetik dan mengalami proses pengeringan untuk mencegah oksidasi. Teh hijau kaya akan anti oksidan, sehingga teh hijau mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan dan kecantikan  tubuh. Selain itu, teh hijau juga mempunyai kandungan vitamin, saponin, theophyline, theobromine dan sebagainya yang dapat melawan jangkitan dan membantu menjaga agar suhu tubuh tetap optimal.

Manfaat teh hijau bagi kecantikan adalah untuk memperlambat proses penuaan, mencegah kedutan, mencegah kanser, melindungi kulit dari sinar matahari, mengatasi jerawat, dan sebagainya. Anda boleh mencuba menggunakan teh hijau dengan 2 cara, iaitu dengan cara diminum dan dengan menggunakan hampas teh hijau (sebagai masker).

7- Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian anda.  Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel.  Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan  meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

8- Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan  lima sudu pasta tomato kaya lycopene  setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak  terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit  mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

9- Strawberi

Secawan strawberi menyediakan 130  peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk  meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu  kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit  garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah  cenderung untuk memiliki kulit kering dan  berkerut.

10- Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung  dalam kulit epal berupaya  melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada  berlakunya kanser kulit.

11- Soya

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan  halus dan ketegangan kulit akan meningkat  apabila  perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan  makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone  seperti tempe.

(Visited 721 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!