12 Panduan atasi masalah tidur ketika hamil

Assalamualaikum..

Memasuki minggu ke-26 dan ke atas kehamilan kebanyakkan ibu-ibu mengandung akan mengalami masalah sukar tidur dek kerana perut yang semakin membesar, dan juga mungkin kerana pergerakan bayi yang aktif. Disini, Jida ingin kongsikan sedikit tips yang mungkin dapat membantu anda iaitu 12 panduan atasi masalah tidur.

pregnant-tidur-mengandung

1  Posisi tidur mengiring ke kiri.
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.

2   Mandi air suam.
Sebelum tidur, mandi dengan air suam . Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda tidur lena.

3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur.
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untik itu, hindari daripada makan terlalu banyak.Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.

~~~KLIK SINI untuk mengetahui apa peranan suami semasa isteri sedang hamil.

4. Minum susu suam.
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.

5.  Amalan tarik nafas.
Latihan menarik nafas yang teraturdapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekaligus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hinggga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukan dalam ulangan 10 kali.

6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam selama beberapa jam sebelum tidur kerana endorphin dan andrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.

7. Bantal yang menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian . Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan semasa tidur.

~~~KLIK SINI untuk mengetahui bagaimana cara untuk mengawal tekanan darah rendah ibu hamil.

8.  Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami dipenghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik sentiasa nyaman. jika tidak  menggunakan penghawa dingin, pastikan aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9. Katil yang selesa.
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselasaan kepada anda yang mula masalah tidur terutamanya dipenghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu anda tidur dengan lena tanpa memikirkan komplikasi lainyang timbul akibat  penggunaan katil yang kurang baik.

10. Rutin tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh , mandi menggunakan air suam  diikuti dengan menyapu pelembap dibahagian tubuh yang yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian,  minda akan diselaraskanuntuk mengetahui rutin inimerupakan petunjuk bahawa sudah tibanya masa untuk tidur.

11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting.Oleh yang demikian , pakai baju tidur yang dapat menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami diakhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.

12. Suasana bilik tidur.
Keadaan bilik tidur yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.

Percaya atau tidak, tidur pada siang hari selama satu jam dapat meningkatkan kualiti tidur sepanjang kehamilan.

(Visited 1,923 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!