13 Pantang Larang Semasa Di dalam Pantang, Orang Dulu-dulu

Sesetengah orang pantangnya 40 hari selepas bersalin. Setengahnya pula berpantang selama 44 hari. Dan ada juga yang berpantang sehingga 60 hari. Tidak kisah anda berpantang berapa hari, tapi yang penting adalah bagaimana anda menjalani rutin berpantang sepanjang tempoh yang tersebut?Mengikut tradisi nenek moyang kita, ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin.

pantang larang semasa di dalam pantang

Antaranya adalah seperti :-

1- Dilarang tidur tidak berbantal

Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala. Tidur tidak berbantal juga boelh menyebabkan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala  menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

2- Memakai sarung kaki (stokin)

Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin. Jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

stokin-pantang

3- Jangan duduk mencangkung

Jika seorang ibu yang baru melahirkan anak duduk mencangkung, perbuatan ini boleh menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

4- Mandi duduk di bangku

Ketika mandi hendaklah duduk dibangku. Ini bertujuan supaya kesihatan peranakan terjaga. Dengan duduk dibangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang  baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

5- Rapatkan kaki bila tidur

Jika tidur hendaklah merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

6- Jangan terlalu aktif

Ibu yang baru melahirkan bayi hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumah tangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

7- Jangan makan ubi-ubian

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan-makanan dari jenis ubi-ubian sepeti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan seperti ini boleh menggangu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutamanya ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak melalui air susu badan.

8- Jangan tidur di waktu matahari naik

Ibu-ibu tidak dibenarkan tidur sewaktu matahari naik, kerana ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit. Lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

9- Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang melahirkan anak di larang tidur di waktu senja kerana waktu inilah syaitan sangat suka berkeliaran. Jika diamalkan tidur pada
waktu ini dikhuatiri, fikiran ibu-ibu dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

10- Jangan Menjahit Pakaian dan Membaca

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

11- Tidak boleh keluar rumah waktu senja

Ibu-ibu di dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja,waktu ini syaitan berkeliaran dan mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

12- Ibu Jari Tidak boleh Terhantuk

kaki

Ibu-ibu yang dalam pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Dikhuatiri, jika terhantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan. Ini bergantung juga sekiranya badan ibu itu lemah.

13- Pantang 100 hari

Ibu-ibu digalakkan pantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin bersama suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu tersebut.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Berpantang , Mommies!

KLIK SINI untuk mendapatkan Set Berpantang Anda.

KLIK SINI untuk melihat Testimoni Set Berpantang.

 

(Visited 3,452 times, 17 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!