13 Tips Bantu Si Kecil Belajar Berjalan

Assalamualaikum w.b.t

Sejak minggu lepas, anak kedua Jida sudah menunjukkan tanda-tanda ingin berdiri. Pantang ada kotak atau orang disebelah mulalah aksi berpaut dan berdiri dengan bangga. Kalau diikutkan, memang ada bayi yang sudah pandai berjalan seawal 9 bulan. Sebagai ibu, sudah pasti inilah antara saat-saat yang mengujakan anda. Entry kali ini Jida nak kongsikan 13 Tips bantu Si Kecil Belajar Berjalan.

bayi-belajar-berjalan

1- Pastikan rumah anda selamat untuk mencegah anak daripada mendapat kecederaan pada sudut atau tangga semasa mengajar anak kecil berjalan.

2- Setelah anak kecil anda belajar merangkak, bantu dia untuk terus melangkah dan pegang tangannya sehingga dia mampu untuk berdiri dengan betul tanpa jatuh.

3- Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis. Jangan hanya memujuknya untuk
meredakan tangisannya tapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Ajarla dia bagaimana untuk membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa jatuh.

4- Pastikan ada perabot untuk dia memegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.

5- Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang kedua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya samaada anda berdiri atau melutut dihadapannya dan kemudian biarkan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi.

6- Berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalansatu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas mencuba sahaja, dia akan lebih yakin untuk berjalan lebih banyak lagi untuk langkah demi langkah. Sebelum anak anda boleh berjalan dengan sempurna, anda pastinya akan ‘menangkap’ dia beberapa kali untuk mengelak dia jatuh.

7- Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan , jangan menggunakan ‘walker’. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

8- Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan. Biarkan dia berjalan di permukaan yang kasar, sejuk, berpasir atau berumput. Juga, kerap berjalan berkaki ayam membantu mereka memperbaiki keseimabangan dan penyelarasan. Pastikan kaikinya dibasuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.

9- Salah satu perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi badannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan.

10- Permainan tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit sebanyak akan menggalakkan koordinasi mata, tangan dan keseimbangan badan.

11- Bagaimanapun, jangan memaksa anak kecil anda berjalan terlalu awal jika dia belum menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.

12. Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersama anda tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan di hadapan rumah anda, atau laman rumah.

13. Jangan sesekali tinggalkan anak kecil sendirian. Dia mungkin akan jatuh atau memerlukan bantuan anda.

Setiap anak kecil berkembang secara berlainan, ada yang lebih cepat berbanding yang lain. Namun, jika anak kecil hampir mencecah dua tahun dan masih belum boleh berjalan,
segera berjumpa doktor anda.

(Visited 3,853 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!