14 Tip mudah menjaga rambut, mahkota seorang wanita

Sama ada bertudung atau tidak anda perlu peka dalam soal penjagaan rambut. Rambut yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan kulit kepala tidak bersih sekaligus mendorong kepada jangkitan fungus, bakteria dan juga kelemumur. Akibatnya akar rambut menjadi rapuh, rambut gugur dan kulit kepala menjadi gatal serta berkuping.

Bagi mengelakkan masalah pada kulit kepala dan rambut anda boleh aplikasikan tip-tip di bawah ini:

Tips-menjaga-rambut

1 – Sebaik-baiknya semasa menyikat rambut , gunakan sikat bergigi jarang untuk mengelakkan keguguran rambut yang banyak.

2- Selain syampu, gunakan perapi (conditioner) supaya rambut mudah diurus dan senang disikat. Tetapi jangan pula sapu perapi pada kulit kepala kerana ia akan menyebabkannya berminyak.

3 – Gunakan pelembap di dalam syampu atau pelembap semulajadi seperti pati santan. Selain itu, amalkan meminum air masak secukupnya dan memakan buah-buahan yang banyak.

4- Jangan menyikat rambut ketika basah. Sebaik-baiknya tunggu lebih kurang 10-15 minit selepas mandi. Memadailah dengan hanya menyisir rambut dengan lembut dulu menggunakan jari jemari.

5 – Elakkan stres kerana stres yang berlebihan boleh mendatangkan keburukan pada rambut seperti menyebabkan rambut mudah rosak atau putus. Anda boleh mengelakkan stress dengan melakukan aktiviti senaman secara berkala.

6 – Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

7- Elakkan daripada rebonding atau perm rambut dengan kerap kerana ia boleh menyebabkan rambut rosak dan mudah gugur.

8- Gunakan syampu yang kaya dengan kolagen, protein dan lipid jika rambut anda kering.

9- Elakkan daripada mewarnakan rambut anda kerana ia boleh menyebabkan rambut asli anda rosak jika tidak dilakukan secara professional.

10 – Potong atau trim rambut kira-kira dua bulan sekali untuk mengelakkan hujung rambut bercabang.

11 – Menukar stail rambut dengan kerap juga boleh menyebabkan rambut kering dan cepat rosak.

12 – Elak dedahkan rambut pada sinaran matahari, air kolam renang dan air laut dengan kerap kerana ia boleh meningkatkan risiko rambut rosak.

13 – Jangan terus memakai tudung jika rambut basah kerana ia mungkin menyebabkan rambut berbuah. Sebaiknya biarkan ia kering seketika.

14 – Untuk menguatkan dan melebatkan rambut, amalkan menyapu pati santan kelapa (seelok-eloknya guna kelapa tua) pada kulit kepala dan biarkan selama setengah jam. Sebaik-baiknya amalkan petua ini seminggu sekali.

KLIK SINI untuk mengetahui cara mengatasi Rambut Gugur dengan produk Penjagaan Rambut Prosante

(Visited 277 times, 14 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!