17 Langkah Elak Bahaya Ketika Bayi Tidur

Assalamualaikum w.b.t

Kata pepatah ada menyebut, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kematian bayi secara mengejut atau Sudden Infants Death Syndrome – (SIDS) banyak berlaku kepada bayi berusia di bawah setahun. Mengikut statistik di negara Barat , lebih 90 peratus kes SIDs berlaku kepada bayi berusia di bawah tujuh bulan.

bayi-tidur-sids

Selain masalah kesihatan yang dialami oleh bayi, kelalaian ibu bapa antara penyumbang kemalangan ini. Anda harus peka yang si kecil tidak berupaya untuk mengawal situasi tidur mereka sendiri dan mereka juga masih tidak memahami erti bahaya. Bayi juga tidak berupaya untuk mengelak situasi bahaya dan selalu tertarik dengan benda-benda di sekitarnya untuk dimasukkan ke dalam mulut.

Ibu bapa tentu tidak berharap sesuatu yang buruk berlaku kepada darah daging yang baru dilahirkan. Jadi, sebelum sesuatu berlaku , lebh baik anda mengambil langkah-langkah berjaga-jaga.

17 Langkah bagi mewujudkan suasana tidur lebih selamat:-

1. Pastikan tempat tidur anak anda selamat. Si kecil tidak peduli betapa cantiknya katil mereka, tetapi apa yang lebih penting adalah tempat tidurnya adalah selamat.

2. Tidurkan anak secara menelentang, bukan secara meniarap atau mengiring. Jika anda dapati bayi anda dalam keadaan meniarap atau mengiring, alihkan posisinya segera.

3. Pastikan muka bayi anda tidak ditutupi sesuatu misalnya selimut, bantal atau mainan lembut.

4. Elakkan bayi terdedah dengan asap rokok sejak dalam kandungan dan selepas lahir.

5. Tidurkan bayi di bilik anda atau tidur bersama anda pada usia enam hingga 12 bulan pertama.

6. Jika bayi tidur dalam baby cot, pastikan kakinya berada di hujung cot. Anda boleh selimutkannya , tapi pastikan selimutnya diselitkan pada bawah tilam ( kiri dan kanan serta dihujung). Ini lebih selamat kerana bayi tidak boleh mengeliang geliut ke bawah.

7. Pilih cot yang bidainya agak tinggi bagi mengelakkan si kecil memanjat keluar. Letakkan cot di tempat yang jauh daripada tingkap dan sinaran matahari.

8. Jika bayi anda sudah pandai berdiri, alihkan semua mainan yang digantung pada cot.

9. Pastikan tilam bayi tidak terlalu lembut kerana apabila mereka dalam keadaan tertiarap, mereka mudah lemas. Sebaik-baiknya biarlah permukaan tilam tersebut mantap dan datar.

10.Sebaik-baiknya bayi hanya tidur di atas tilam dan tidak memerlukan bantal.

11. Pastikan anda tidak membiarkan bayi menghisap susu botol dan anda meneruskan tidur. Ini boleh mengundang risiko bayi tersedak dan sukar bernafas.

12. Ketika menyusukan bayi anda dengan susu badan, pastikan anda sentiasa peka dengan keadaan anak.

13. Jika anda menggunakan sleeping bag, pastikan ia tidak mempunyai hood. Cukup sekadar ia menutupi tangan hingga ke bahagian leher. Pastikan tidak ketat.

14. Pastikan hiasan-hiasan pada katil bayi anda tidak berlebihan. Pastikan semua tali diikat kemas dan tidak berjuntaian bagi mengelak risiko terbelit pada bayi.

15. Gunakan selimut yang ringan yang boleh dikemas dengan mudah.

16. Pakaikan bayi anda pakaian malam yang sesuai, jadi dia tidak lagi memerlukan selimut.

17. Pastikan pakaian anak anda itu tidak bereben atau seluar yang terlalu panjang. Ini boleh membahayakan bayi anda.

 

(Visited 1,316 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!