18 Tips memisahkan bilik tidur anak

Assalamualaikum..

Bila anak-anak sudah menginjak umur 5 atau 6 tahun, ibu-bapa sudah perlu untuk memindahkan anak ke tempat tidur sendiri. Walaupun mungkin berlaku penolakan pada permulaannya, si ibu atau ayah perlu mengambil langkah tertentu supaya mereka faham kenapa mereka perlu dipisahkan bilik dengan ibu ayah. Terdapat 18 tips yang boleh dijadikan panduan untuk melatih anak tidur sendiri. asing-bilik-tidur-anak 1. Sediakan bilik yang selesa untuk si manja anda. Tidak perlu mewah, cukuplah jika bilik tersebut bersih dan kemas. Sebagai permulaan, anda boleh mulakannya dengan hanya meletakkan tilam dengan cadar yang bermotifkan kartun yang menarik.

2. Berikan masa kepada anak untuk membuat persediaan mental dan emosi. Terangkan kepadanya bahawa dia sudah besar  dan perlu belajar tidur sendiri. Pastikan tidak ada sesiapa yang cuba takut-takutkan dia apabila dia sudah tidur sendiri nanti. Katakan pada dia yang dia adalah budak yang berani dan bijak.

3. Persediaan mental dan emosi. Sama seperti kita, kanak-kanak juga mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru. Jadi, sebaik-baiknya beritahu pada anak-anak bahawa mereka perlu tidur sendirian lebih awal dari jangka masa yang anda sasarkan. Ini memberi mereka ruang untuk persediaan mental. Bagi membuatkan mereka lebih faham kenapa perlu berbuat demikian , berikan alasan-alasan yang kukuh misalnya apabila punya bilik sendiri, mereka ada ruang sendiri untuk bermain dan membaca.

4. Anda boleh melatih si kecil untuk tidur di biliknya  pada siang hari. Temankan dia terlebih dahulu dan bacakan buku cerita yang memberi manfaat kepada si kecil. Lakukan ini sekerap mungkin dan cara ini pasti membantu membiasakan anak anda.

5. Ajak si kecil anda menghias bilik tidurnya. Pasti dia teruja apabila benda yang disukainya menghiasi ruang privasinya. Sebagai contoh, jika si hero sukakan kereta, terapkan elemen permotoran di dalam biliknya. Begitulah sebaliknya.

6- Pastikan ada ruang bermain dalam bilik anak-anak dan pastikan hiasan bilik tidak terlalu sarat. Elakkan meletak barang-barang yang mudah pecah dan berbahaya.

7. Bagi anda yang mempunyai lebih daripada seorang anak dan sama jantina, katil dua tingkat mungkin pilihan yang tepat untuk jangka masa yang panjang, terutama bagi kediaman yang mempunyai bilik yang terhad. Pastikan katil yang dipilih itu mempunyai pengadang yang tinggi (bahagian atas) bagi memastikan keselamatan anak.

8. Andai katil bayinya dahulu boleh diubahsuai menjadi katil kanak-kanak, ini menandakan anda berhadapan dengan satu proses yang agak mudah. Anda boleh menunjukkan kepada si manja bahawa dirinya tidak di’usir’ dari tempatnya yang lama.

9. Sejurus si manja berpindah ke bilik nya sendiri, kekalkan rutin tidurnya dan biasakan simanja buang air kecil dulu sebelum tidur. Anda tidak perlu mengubah waktu tidurnya kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada si manja nanti.

10. Anda boleh melayani karenah si manja yang pada awalnya mungkin akan terus bermain, keluar masuk bilik meminta segelas air. Tetapi, pastikan ada batas waktu yang ditetapkan. Apabila waktu yang dihadkan sudah tamat, anda perlu bertegas dengan keputusan anda.

11. Cuba selidiki kenapa si manja anda suka tidur dengan anda? Adakah dia takut akan gelap atau cemburu dengan si adik yang masih tidur dengan anda?  Berkemungkinan persoalan inilah yang akan membantu anda mencari jalan penyelesaiannya.

12. Berikan mereka benda yang boleh membuatkan si manja rasa selamat. Contohnya, teddy bear besar yang boleh menjadi ‘peneman’ si manja.

13.  Sediakan pencahayaan yang bersesuaian untuk si manja. Kebanyakkan kanak-kanak memang takut gelap. Jadi, belilah lampu-lampu fancy khusus untuk mereka.

14. Latih anak-anak mengemas bilik tidur. Walaupun tidak begitu kemas, beri mereka peluang.

15. Bersabar adalah kunci utama. Ia tidak akan berhasil dalam satu malam  untuk membiarkan mereka tidur sendiri.

16. Amalkan membaca doa sebelum tidur dan surah 3 Qul. Latih anak untuk turut sama membaca doa. Ini akan meningkatkan keyakinan kita yang Allah akan sentiasa melindungi mereka.

17. Pimpin si manja kembali ke tempat tidurnya semula sekiranya dia keluar dari bilik tidurnya.

18. Dan yang terakhir, anda boleh menerapkan sistem reward. Seperti beli sticker dan  lekatkan di papan khusus untuk menunjukkan berapa kali si manja tidur tepat pada waktunya dalam satu minggu.

(Visited 1,515 times, 8 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “18 Tips memisahkan bilik tidur anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!