Baru-baru ini Jida ada dihubungi oleh seorang ibu yang sedang mengandung anak ketiganya. Dia mengadu mengenai masalah HB (hemoglobin) yang rendah. Wanita hamil VS masalah HB rendah memang sinonim sangat.
Setiapkali ke klinik kesihatan, benda wajib yang akan diperiksa ada beberapa perkara. Ni just info je tau, mana tau kot ada yang nak tau kan? Antaranya seperti, timbang berat, tekanan darah, check Hb dan check paras gula dalam darah. Kalau kata lepas check ada masalah, maka akan adalah pemantauan berterusan dan pemeriksaan susulan selepas tu.
Kenapa kita kena periksa paras Hb setiap kali ke klinik?
Hemoglobin(Hb) merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Kekurangan Hb didalam sel darah merah di kenali sebagai anemia. Apabila anemia berlaku, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
Ada 2 cara untuk mengatasi masalah anemia (kurang darah) semasa hamil ini. Ini Jida cakap berdasarkan pengalaman semasa mengandung dan juga kisah kawan-kawan Jida yang ada masalah Hb ya.
Cara 1 : Ambil makan yang Kaya dengan Zat Besi.
Ibu-ibu kena rajin sikit tau cari makanan yang mengandungi zat besi seperti contoh daging, ayam, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Kalau sayur pulak, pilih sayur-sayur hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, kailan dan lain-lain.
Nak ambik banyak mana? Yang ni kena lah berbincang dengan doktor anda sebabnya anda perlu mengambil kira juga tahap kesihatan anda ketika ini. Kalau anda mempunyai masalah berat badan ketika hamil, pilihlah makanan yang kurang kandungan lemak seperti daging tanpa lemak atau ayam tanpa kulit. Gitu…
Cara 2 : Tambah Darah dengan Pil Hematinik
Pil Hematinik terdiri daripada empat jenis pil iaitu:
1. Zat Besi (Iron)
2. Vitamin B Complex
3. Acid Folic
4. Vitamin C
Pil di atas sangat penting kepada ibu hamil kerana kandungan zat besi, b kompleks dan acid folic sangat diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Manakala, vitamin C pula berfungsi untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
Masa Jida mengandung dulu pun, memang Jida amalkan semua ni, sebab bagi Jida baik kita mencegah sebelum masalah kesihatan kita menjadi teruk. Alhamdulillah, bacaan Hb Jida memang cantik je sepanjang mengandung.
Bagi ibu-ibu yang ada masalah Hb rendah, jangan susah hati, cuba dulu dua cara ini. Inshaallah, sekiranya ibu-ibu berusaha, paras Hb ibu-ibu yang rendah akan berjaya diatasi.
Dalam entri yang seterusnya, Jida akan kongsikan resepi-resepi yang sesuai untuk wanita mengandung yang ada masalah anemia. Wallah…Tunggu ye.☺
Sampai sini sahaja, semoga info ini dapat memberi manfaat dan berguna untuk semua. Sekiranya ada sebarang perkongsian atau cadangan, sudi-sudikanlah menulis diruangan komen dibawah ini. Terima Kasih.
RUZIDAH ABDULLAH
013-6691930
Bahaya hb rendah. Sebab tuh doktor dan nurse selalu pantau hb semasa kehamilan. Bahaya untuk ibu. Bahaya untuk baby. Amalkan pemakanan berkhasiat untuk hb yang tinggi.
Byte Jannate recently posted…CARA BUAT MASKER MADU DENGAN BERKESAN
Bagus betol …memang terbaik untuk ibu2 yang hamil..
JAGA HB anda ya…jaga kesihatan n baby juga…bila HB rendah ia sangat memudaratkan ibu n bayi yang dikandung…Amalkanlah vitamin shaklee…kerana vitamin shaklee adalah yang terbaik untuk semua
sarinah bte hashim recently posted…TESTIMONY – LUKA CEPAT KERING DENGAN VIVIX
Belum ada pengalaman pregnant lagi tapi seronok dapat ilmu ni.
Asyrafiah recently posted…Wanita, Ketahui Hakmu.
Bagus info yg kak jida share ne .. Sngat berguna bagi ibu2 .. Jdi ibu2 jgn pndg remeh HB rendah tauu~
Jesz recently posted…7 Sebab Berat Badan Sukar Turun