20 Info, Kelebihan Dan Keperluan Kalsium Pada Tubuh Kita

Sejak dari hari pertama bayi dilahirkan, minuman utama yang diperkenalkan adalah susu. Tak kisahlah samaada susu ibu atau susu formula, bayi memerlukan nutrisi kalsium untuk membantunya membesar. Sehinggalah usianya meningkat, sumber kalsiumnya mula berubah daripada susu semata-mata kepada sumber makanan yang lain pula.

kelebihan kebaikan kalsium

Apakah kepentingan pengambilan kalsium pada badan kita?

Kalsium merupakan nutrient penting untuk pembentukan tulang, pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh manusia. Berikut adalah info-info mengenai kalsium yang perlu anda tahu untuk rujukan anda.

1. Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.

2. Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.

3. Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang.

4. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi , penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.

5. Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.

susu, kanak-kanak, minum, kalsium

6. Pengambilan kalsium yang juga perlu untuk membina asas tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.

7. Kanak-kanak yang berusia diantara satu hingga tiga tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala bagi kanak-kanak berusia empat hinggga lapan tahun, mereka memerlukan kira-kira 800gm sehari.

8. Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.

9. Pengambilan kalsium terbaik ialah dengan minum susu. Keadaan semulajadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.

10. Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, pastikan anda anda minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.

11. Bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah mencari alternative lain yang dapat memberikan kalsium pada anak.

12. Makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.

13. Kini, ada banyak makanan seperti bijirin sarapan pagi dan biskut telah diperkaya dengan kalsium. Lihatlah label makanan tersebut untuk mengenalpasti kandungan kalsium yang ada di dalamnya.

calcium

14. Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.

15. Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit rickets.

16. Kalsium tidak digalakkan diambil produk yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid oxalic yang ada di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang.

17. Tahukah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.

18.  Kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber makanan.

19. Kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah meresap.

20. Untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak, berikan mereka snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkanlah makanan bersama dengan susu.

So, anda dah tahu kan betapa besarnya fungsi kalsium dalam badan kita. Untuk seorang dewasa 1000mg kalsium diperlukan untuk badan kita setiap hari. Cuba anda kira berapa gelas susu yang telah anda minum hari ini? Berapa banyak makanan yang mengandungi kalsium yang telah anda makan hari ni?

Jangan pandang mudah tentang perkara ini. Keperluan kalsium yang mencukupi adalah baik untuk menjaga kesihatan anda di masa akan datang.

Pengambilan Suplemen sebagai Alternatif Untuk Mencukupkan Keperluan Kalsium Seharian.

Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna. Oleh sebab itulah, selain daripada pengambilan makanan harian, anda juga boleh mengamalkan suplemen Ostematrix untuk mencukupkan keperluan nutrisi tulang anda.

Ostematrix

OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Lihat perbandingan sebiji Ostematrix dengan segelas susu dan kacang badam.

ostematrix

Wow! Sebiji ostematrix bersamaan segelas susu atau 80 biji badam? Kalau rasa-rasa tidak suka atau tidak sempat membancuh susu, terus sahaja ambil ostematrix dan telan. Senang!

Jadi, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Ostematrix ini, cepat-cepat hubungi Jida sekarang.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

Untuk pembelian Ostematrix menggunakan kad kredit/ kad debit, anda boleh menekan ikon dibawah ini.

Order-Sekarang-300x63

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

(Visited 164 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!