3 Jenis Jus Buah Untuk Kulit Cantik Dan Awet Muda

Sesetengah orang kurang gemar makan terus buah atau sayur-sayuran. Sebaliknya, bila dikisar sebagai minuman, elok dan sedap pula dinikmati. 

3 jenis jus buah untuk awet muda

Nak tahu tak buah dan sayur apa yang boleh dinikmati sebagai jus? Berikut adalah contohnya.

1. Jus Tomato

Cara ini kakak Jida ada amalkan dulu. Masa tu kulitnya ada jerawat batu yang teruk dan merah-merah. Walaupun, dia banyak amalkan memakan tomato yang dihiris nipis dan memakai masker tomato. Ada juga sesekali, tomato tersebut dikisar dan dijadikan minuman.

Setelah beberapa lama, memang nampak perubahan kulitnya yang makin baik. Tiada lagi jerawat besar yang naik. Malah, kulitnya juga kelihatan lebih baik.

Cara-cara membuat jus tomato.

jus tomato

Bahan-bahan
Sebiji tomato
Sesuku air (tidak perlu banyak air sebab dalam tomato dah ada banyak air)
Sedikit gula/ madu

Cara Penyediaan

Masukkan kesemua bahan. Kemudian, kisar bahan-bahan tersebut. Setelah itu, tuangkan kedalam gelas. Jus tomato siap di hidangkan.

2. Jus Pegaga

Tip yang kedua untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda adalah dengan minum jus pegaga ataupun makan terus pegaga dengan cara dibuat ulam.

Pucuk pegaga banyak khasiat nya. Antara khasiat pegaga ialah menghilangkan bintik hitam pada muka.

Walaupun jus pegaga kelihatan hijau pekat tetapi punya rasa yang sedap. Kalau tak percaya cubalah resepi ni .

jus pegaga
Jus Pegaga

Cara-cara membuat jus pegaga.

Bahan-bahan
Segenggam pucuk pegaga.
Sebiji epal.
Sebiji buah limau nipis. (buang biji)

Cara Penyediaan
Blend semua bahan diatas. Boleh tambah sedikit gula . Tapi jangan terlalu banyak. Kurangkan gula dalam minuman kan. Kalau boleh jangan campur gula lagi bagus .
Tapis bahan yang dikisar dan masukkan ke dalam gelas. Tambah sedikit ais kiub dan sedia untuk dihidang.

Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

3. Jus Lobak Merah

Lobak merah dipercayai dapat membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan negatif yang dikaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.

jus awet muda lobak merah
Jus Lobak Merah

Cara-cara membuat Jus Lobak merah (Carrot).

Bahan-bahan
1 biji lobak merah
Secawan susu segar

Cara Penyediaan
Kupas dan bersihkan lobak merah dengan sebaiknya.

Potong dadu lobak merah tersebut dan seterusnya kisar menggunakan blender. Campurkan sekali susu segar dan kisar sebati.

Kalau tak ada susu segar, gunakan sahaja air masak secawan, tapi teksturnya kurang berkrimlah. Namun begitu, ia tetap berkhasiat untuk badan kita.

Mungkin pada permulaannya agak sukar untuk menerima rasa jus buah sebegini. Lagi-lagi kalau kita ni jenis suka minuman manis dan berperisa. Tapi kalau kita cuba pupuk minat untuk menjadikan minuman berkhasiat sebagai ganti minuman dalam kehidupan seharian. Inshaallah, bukan setakat kulit menjadi lebih cantik malahan kesihatan juga akan menjadi lebih baik.

Ok lah, sekian sahaja perkongsian Jida kali ini. Selamat mencuba.

(Visited 423 times, 38 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

16 thoughts on “3 Jenis Jus Buah Untuk Kulit Cantik Dan Awet Muda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!