3 sebab kenapa saya suka buat bisnes online ?

Tidak dinafikan, saya start berbisnes online dek kerana memerlukan ‘wang tambahan’ untuk menampung keperluan hidup. Lagi-lagi pada masa itu dah ada seorang anak, rasa nak berbisnes tu semakin membuak-buak. Mula-mula, suarakan niat untuk berbisnes pada suami dia sangat menentang. Tapi lama kelamaan, bila dah nampak sikit-sikit hasilnya dialah yang menjadi penyokong setia Jida dalam berbisnes online. Alhamdulilah.

Tahun 2011, Jida start jual baju baby di facebook page. Daripada tak tahu pasal Facebook dan IG, Jida belajar sedikit demi sedikit ilmu media sosial. Mungkin juga tidak serasi menjual baju baby, kami menghentikan jualan. Stok yang ada kami jual harga kos pada kawan-kawan dan sedara. Kemudian, Jida cuba buat bisnes kad kahwin secara online. Dengan berbekalkan pengalaman sebagai grafik designer saya cuba promote di group online. Adalah member satu pejabat yang order dan orang luar yang  berminat untuk dapatkan kad kahwin. Tapi nak stay up buat grafik memang penat weh. Dengan anak yang masih kecil lagi ketika itu. Nak fokus ber’design’ agak sukar. Kadang-kadang terpaksa curi masa rehat di pejabat untuk buat draft. OK, so yang ni pun dah stop jugaklah.

Akhirnya kini, setelah bergelar WAHM (Work-At-Home-Mama) secara rasminya sejak 21 hari yang lalu, Jida akhirnya punya masa sepenuhnya untuk merealisasikan impian besar yang ingin Jida capai selama ini. Jida kini hanya fokus berbisnes online dengan menyebarkan kebaikan Suplemen Shaklee.

online bussiness

Kenapa Jida suka sangat berbisnes online? Kadang-kadang kawan office pun ada tanya jugak dulu ( eh, ex-opismate!)

1- Impian untuk bekerja sendiri

Ini impian Jida yang paling besar, impian untuk berkerja sendiri. Walaupun dimata orang luar, jiran tetangga, atok nenek dan lain-lain. Mereka akan pandang Jida hanyalah sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Tapi, hakikatnya Jida juga bekerja mencari rezeki seperti orang lain juga dan punya pendapatan sendiri. Malah, yang bestnya tiada lagi orang yang boleh mengarah Jida untuk buat sesuatu yang Jida tak suka. Walaupun kena usaha lebih, at least Jida buat apa yang Jida minat.

2- Saya lakukan apa yang saya suka

Yup, actually point ni Jida dan cerita kat point nombor satu, tapi sebab nak bebel lagi panjang. Maka kena la wat point kedua. Betul, walaupun pada permulaannya Jida berbisnes online untuk menambah pendapatan sampingan. Tapi, bila dah lama, benda ini dah jadi satu perkara yang Jida suka buat. Jida suka bila pelanggan PM tanya details barang, suka bila kena pergi pos barang, suka bila kena jumpa customer COD , suka bila pelanggan puas hati dan dapat kebaikan daripada produk yang Jida jual, suka bila dapat tolong orang lain dapat duit poket sendiri dan macam-macam suka lagilah. Walaupun kadang-kadang jumpa juga pelanggan yang banyak kerenah dan asyik nak minta murah je. Semuanya Jida jadikan pengalaman di sepanjang liku-liku berbisnes. Takkan dalam masa setahun dua, terus nak berjaya dan duduk goyang kaki je kan.

3- Tidak perlu nak sewa kedai.

Ofis saya hanyalah rumah saya sendiri. Malah ketika bercuti atau ketika dalam perjalanan balik kampung pun kita masih boleh berbisnes online. Potensi pelanggan juga melampaui sempadan negara dan masa. Saya pernah dihubungi oleh orang Singapura dan Indonesia juga, yang berminat dengan produk Shaklee. Best kan.

Itulah serba sedikit alkisah seorang peniaga online kecil-kecilan seperti Jida, walaupun mungkin belum boleh memberi inspirasi untuk anda diluar sana. Jida cuma berniat untuk berkongsi cerita sahaja. Doa-doakan semoga target Jida berjaya di capai dalam masa terdekat.  Terima Kasih.

(Visited 350 times, 17 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

6 thoughts on “3 sebab kenapa saya suka buat bisnes online ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!