4 Cara Menangani Masalah Kutu

Assalamualaikum w.b.t

Anak Jida yang pertama , si Dayana pernah terkena jangkitan kutu di tempat pengasuh. Pada mulanya Jida tak perasan, tetapi apabila dia asyik menggaru-garu kepala. Alamak! Ada kutu. Parasit kecil ini biasanya berjangkit dari kepala perumah kepada kanak-kanak lain hanya menerusi sentuhan kepala ke kepala. Selain itu, ia juga boleh merebak menerusi pekongsian  pakaian, cadar, sikat atau topi.

kutu-kepala-anak

Cara Menangani Masalah Kutu

Masalah Kutu ini boleh ditangani dengan pelbagai cara. Beberapa kaedah boleh dicuba untuk melumpuhkan rebaknya kutu.

1- Ubat Pencegah Kutu

Jika anda mendapatkan rawatan doktor, penggunaan ubat kutu akan disyorkan. Sejenis syampu berubat akan dibekalkan kepada anak bertujuan untuk membunuh parasit ini. Ubat ini juga mudah didapati di farmasi-farmasi. Oleh kerana ia sejenis bahan kimia insektisid, gunakan mengikut arahan pengendalian yang betul. Elakkan menyapunya dengan melebihi tiga kali. Elakkan penggunaan alat pengering rambut semasa rawatan kerana ubat kutu ini bersifat mudah terbakar. Anda juga jangan membasuh rambut anak anda dua atau tiga hari selepas memakai ubat ini. Malah, penggunaan lebih dari satu jenis ubat adalah tidak dibenarkan dalam satu masa kerana dibimbangi akan keracunan pula. Sekiranya mahu amencuba alternatif yang lebih selamat, bolehlah anda mencuba Produk semulajadi seperti Basic H.

2- Membuangnya dengan tangan

Anda perlu mencegah pembiakan kutu dengan membuang telur kutu menggunakan tangan kerana ubat kutu hanya boleh menghapuskan kutu dewasa sahaja. Oleh sebab saiz telur kutu yang kecil, anda perlu duduk di tempat yang cerah untuk melihatnya. Penggunaan kanta pembesar juga idea yang baik dengan meminta orang lain memegangnya sementara anda pula menarik keluar telur kutu. Selak helai demi helai rambut untuk menarik telur kutu yang terletak di pangkal rambut. Lakukan dengan lembut agar si manja tidak merasa sakit. Dapatkan kejasama anak dengan menerangkan kepadanya kutu perlu dibuang agar kepala tidak gatal lagi.

3- Sikat khas

Kaedah sikat juga adalah cara yang terbaik. Anda boleh membeli sikat bergigi halus dan rapat khas untuk membuang kutu. Terlebih dahulu, sapukan perapi pada rambut untuk kelancaran menyikat dan mengelakkan kutu-kutu ini bergerak buat sementara waktu. Lakukan kaedah sikat ini tiga hingga empat hari sekali dalam jangka masa dua minggu untuk membasmi pembiakan.

4- Bahan makanan 

Makanan seperti mayones, cuka makan, minyak zaitun, bawang putih dan minyak masak dipercayai dapat menghilangkan kutu pada kepala anak. Ia adalah cara yang lebih semulajadi namun jaminan keberkesanan tidak diketahui.

Seiring dengan rawatan yang diberikan kepada anak, langkah menghapuskan saki baki kutu dan telurnya perlu dilakukan segera. Cuci cadar, selimut dan pakaian yang baru dipakai anak dengan air panas sebagai langkah pembasmian. Begitu juga permainan dan aksesori rambutnya ( getah rambut, topi, skarf). Beritahu anak supaya mengehadkan pergaulan yang melibatkan sentuhan antara kepala. Periksa kepala anak setiap tiga atau empat hari sekali untuk memantau sekiranya ada serangan kembali.
(Visited 536 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!