4 Jenis Buah/Bahan Yang Boleh Digunakan Untuk Membuat Infused Water

Hari ni teringin pula nak buat Infused Water. Dah kat sini panas, sedang eloklah kalau dapat membasahkan tekak dengan air yang menyegarkan.

Kelebihan dan keistimewaan air Infused Water

Infused water berguna untuk detoksifikasi. Seperti yang anda ketahui detoks dapat membantu tubuh dalam menyingkirkan racun dalam tubuh dan menyahkan radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Selain itu, rasa yang menyegarkan membuatnya tidak membosankan untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana saja.

Di bawah ini, terdapat beberapa cadangan buah yang boleh digunakan untuk membuat infused water.

1. Lemon
Air dengan campuran hirisan lemon ? merupakan minuman detoks terbaik. Lemon membantu membersihkan dan menambahkan alkali dalam tubuh sehingga anda merasa lebih segar. Untuk membuatnya anda hanya perlu menghiris beberapa buah lemon segar, perah sikit sari lemon dan tambahkan beberapa liter air putih ke dalamnya.

154814-350x350-citrus-water

2. Pudina

Ambil beberapa helai daun pudina dan tambahkan ke dalam infused water anda. Air akan menjadi lebih manis sekalipun tiada gula. Campuran air dengan pudina membantu ‘ menenangkan ‘ perut dan melancarkan pencernaan.

Fresh mint in closeup3. Mentimun

Biasakan kita lihat mentimun selalu dihiris nipis-nipis dan diletakkan di atas mata atau kulit bagi tujuan kecantikan. Maanfaatnya bukan setakat itu, anda juga boleh letakkan hirisan timun dalam infused water anda. Mentimun mempunyai kelebihan untuk mengatasi dehidrasi dan berfungsi sebagai anti peradangan untuk tubuh.

fnk_infused-water-cucumber_s4x3-jpg-rend-sniipadlarge

4. Halia

Selalu kita gunakan halia dalam masakan tapi kali ni kita gunakan halia dalam minuman pula. Infused water dengan hirisan halia bermanfaat untuk membersihkan seluruh sistem di tubuh anda, melancarkan pencernaan dan juga menenangkan perut.

Halia serai

Wah, rupa-rupanya bahan masak yang ada kat dapur tu boleh di gunakan untuk infused water. Senang je la kalau macam tu kan. So, sekarang cepat-cepat selongkar peti ais tengok apa yang ada. Kalau takde, bolehlah cari di kedai berdekatan. Hehe..Tinggal rajin ke tak je.

Selamat Mencuba.

(Visited 74 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!