4 jenis masalah kulit bayi

Assalamualaikum w.b.t

Sejak bayi lahir hinggalah usianya menginjak setahun, tidak jemu-jemu kita menyentuh kulitnya. Sangat lembut dan gebu sekali bila disentuh. Terasa nyaman dan selesa sekali apabila diusap.

Namun, disebalik kelembutan itu, kita perlu tahu bahawa kulit bayi kurang mengeluarkan melanin berbanding dengan kulit orang dewasa. Melanin merupakan bahan yang menghalang kesan panas matahari.

Oleh kerana bayi sentiasa berpeluh, jadi amat sukar untuk mengekalkan suhu badan dalaman mereka. Pada minggu pertama selepas lahir, bayi menyimpan sebahagian daripada hormon anda. Kebanyakan masalah kulit yang ringan mudah hilang dengan cepat. Bagaimanapun , ada beberapa masalah kulit yang kerap berlaku sepanjang zaman kanak-kanak tetapi biasanya mudah diuruskan.

masalah kulit

1- Ruam Panas

Bentuknya seperti jerawat kecil berwarna merah jambu, biasanya di  bahagian badan . Ia terjadi disebabkan , cuaca panas, kelembapan dan kelenjar peluh yang tidak terbentuk.

Apa yang boleh ibu buat jika anak anda masalah ruam?

  • Jangan pakaikan bayi baju yang tebal atau duduk di bilik yang panas. Pakaikan pakaian yang longgar, bersih dan kering.
  • Sapu krim yang sesuai pada tempat ruam agar dia selesa dan tidak menggaru bahagian tersebut.

2- Akne( Jerawat) Bayi

Terdapat tanda merah jambu pada muka. Bila bayi lahir, mereka masih menyimpan hormon-hormon ibu dalam jangka masa singkat. Biasanya ia akan hilang dengan sendirinya dalam minggu pertama.

3- Kerak kepala

Kepingan keras di atas kulit kepala. Kelenjar kulit kepala bayi yang terlalu aktif menyebabkan masalah ini.

Macam mana nak hilangkan kerak ini?

  • Caranya, ambil minyak bayi dan letakkan pada kain lembut, sapukan kepala bayi dengan kain secara perlahan-lahan, biarkan beberapa minit, cuci dengan syampu bayi.
  • Masa anak Jida bayi dulu, pun ada masalah kerak kepala ni, nampak macam berkeping-keping sampai ke dahi. ┬áMasa tu, Mak Jida bunjutkan kain berisi kelapa yang baru diparut lalu di usap-usap di bahagian yang berkerak. Santan yang keluar dari kain tu menanggalkan kerak sedikit demi sedikit.

4- Ekzema

Adalah keadaan di mana kulit menjadi merah, gatal dan bersisik. Ia paling biasa dialami di bahagian muka dan lipatan kulit seperti di bahagian dalam siku dan bahagian belakang lutut. Berjumpalah pakar kanak-kanak kerana anda memerlukan produk penjagaan yang khusus untuk kulit bayi sensitif.

Semoga Bermanfaat

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

(Visited 661 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!