4 Khasiat Air Kelapa Untuk Wanita Hamil

Pernah dengar tak orang-orang tua pesan, minumlah air kelapa bila usia kandungan dah masuk tujuh bulan. Kononnya nanti, bila bersalin anak yang keluar nanti kulitnya bersih dan mempunyai rambut yang lebat.

Mak Jida pun begitu juga. Selalu dipesan pada anak-anaknya yang mengandung. Nasib baik Jida sendiri memang suka juga minum air kelapa. Segar je rasa. Lagi-lagi bila cuaca panas. Slurpp..syoknya.

Setakat ini, belum ada kajian yang membuktikan kaitan air kelapa dengan perkara di atas, tapi kalau ibu hamil nak minum takde masalah rasanya. Asalkan berpada-pada dan tidak pula sampai berlebih-lebihan.

Air kelapa

Namun begitu, air kelapa muda memang mengandungi pelbagai zat yang bermanfaat kepada ibu hamil.

1. Anti Penyakit

Air kelapa muda mengandungi asid laurik yang membantu melawan penyakit. Asid laurik ini sama dengan apa yang terdapat pada air susu ibu dan memiliki anti bakteria, anti virus untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi.

2. Membantu penghadaman

Ia dipercayai dapat memperbaiki fungsi penghadaman. Ini kerana ketika hamil, kebanyakan ibu mengalami sembelit dan dengan meminum air kelapa ia dapat membantu mempercepatkan pencernaan.

Artikel Berkaitan : Cara Mengatasi Masalah Sembelit Bagi Ibu Hamil.

3. Elektrolit semulajadi

Ia kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium dan riboflavin. Sangat bermanfaat untuk rehidrasi kerana ibu hamil memerlukan banyak air untuk mengelakkan pelbagai pelbagai komplikasi dan memulihkan stamina badan.

Artikel Berkaitan : Ibu Hamil Kekal Bertenaga di Bulan Puasa

4. Meningkatkan HDL

Air kelapa tidak mengandungi lemak dan kolestrol, bahkan ia dapat meningkatkan kolestrol baik HDL di dalam tubuh.

Baguskan khasiat air kelapa ni. Ternyata air kelapa bukanlah sekadar air manis dan menyegarkan,malah di dalamnya terkandung zat gizi, vitamin dan mineral. Cukup lengkap.

(Visited 424 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “4 Khasiat Air Kelapa Untuk Wanita Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!