4 Movie Animasi yang Sesuai Di Tonton Seisi Keluarga

Sejujurnya Jida bukan suka tonton TV sangat sekarang ni. Rumah kami pun bukan ada siaran berbayar pun. Jadi, rancangan TV yang ada bukan merupakan favorite Jida untuk melekat berjam-jam.

Walaupun begitu, anak-anak tetap dapat menonton kartun kegemaran dia orang setiap hari. Almaklumlah, maknya ni peminat movie kartun dan animasi. Hehe..jadi memang selalu juga lah cari filem bergenre animasi untuk koleksi.

Antara movie animasi yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga dan dah berulang-ulanggg kali ditonton oleh kami satu keluarga adalah seperti:-

1- The Croods

croods

Kisah di zaman pra sejarah di mana satu keluarga yang bernama Croods berjaya hidup dan terhindar daripada sebarang ancaman atas sebab ketua keluarganya yang ‘over protective’. Tapi, dalam keluarga tu jugak ada seorang anak perempuan(Eep) yang hidup bebas dan ingin kenal dengan dunia luar. Pergolakan timbul di dalam famili ini bila Eep berkenalan dengan seorang jejaka genius iaitu Guy.

Cerita ini banyak menunjukkan kasih sayang dan tanggung jawab seorang bapa pada keluarganya. Juga cara kita berfikir apabila berdepan dengan masalah. Overall cerita ini sangat menghiburkan dan sesuai ditonton bersama anak-anak.

2- Good Dinosaur

Kisah seekor dinasor yang pada mulanya memang sejenis yang sangat tak da keyakinan diri sehinggalah pada satu hari atas satu insiden, dinasor itu telah hanyut ke tempat yang sangat jauh dari rumahnya. Dalam mencari jalan pulang, ada seorang kanak-kanak liar telah membantunya. Kat sini lah kita lihat bagaimana Arlo yang dulunya buat apa pun tak berjaya, tapi disebabkan tekad yang kuat untuk kembali ke pangkuan keluarga. Semua ujian dan rintangan berjaya dihadapi.

3- Sing

Kisah beberapa ekor haiwan yang memasuki pertandingan menyanyi untuk merebut wang $100000 yang ditawarkan. Cerita ni memang banyak scene-scene nyanyian la of coz. Tapi lagu-lagunya semua best-best dan anak-anak akan ikut menari sekali. Dalam movie ni juga banyak nilai-nilai murni yang ibu bapa boleh terangkan pada anak samaada untuk persahabatan dan juga kekeluargaan.

4. Moana

Moana ni pun best. Tapi nak sipnopsiskan cerita dia macam tak tahu nak start cam mana. Tapi yang penting watak utama nya adalah Moana yang berjiwa kental dan berhati waja. Misinya adalah untuk mengembalikan jantung Te Fiti(macam dewi pulau la gitu) yang pernah dicuri oleh Maui(tak tahu manusia ke superman). Te Fiti ni actually baik tapi sejak jantungnya dicuri, dia telah berubah menjadi jahat. Jadi, dalam pengembaraan Moana ni, dia perlu mencari Maui, cari fish hook Maui dan seterusnya berlawan dengan Te ka(yang sebenarnya adalah Te Fiti). Moral yang Jida perolehi daripada cerita ni ialah kalau nak sesuatu tu jangan berputus asa. Buat sehingga berjaya. Samalah juga macam kehidupan kita ni mesti ada tujuan dan target yang ingin dicapai. Barulah hidup kita menjadi lebih bermakna.

Ok lah cukup dulu 4 movie yang Jida nak suggestkan korang untuk sama-sama tonton dengan famili. Mana yang elok kita jadikan pengajaran, mana yang sebaliknya kita jadikan sempadan. Sehingga berjumpa di lain hari. Bye. Assalamualaikum.

(Visited 47 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!