4 TIPS Keselamatan anak kecil semasa Makan

Rasanya dah acapkali kita dihidangkan dengan berita bayi meninggal disebabkan tersedak susu. Alangkah hibanya hati bila mendengar berita begitu bukan? Jangan ambil mudah keselamatan mereka semasa makan dan minum. Jom kita amalkan 4 tips keselamatan semasa makan.

keselamatan-anak_kecil

1. Hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam saiz yang sesuai untuk anak-anak. Hal ini penting bagi mengelakkan anak-anak tercekik.

2. Anda juga perlu sentiasa berada disisi anak setiap kali dia makan atau minum agar anda dapat memberikan bantuan segera jika sesuatu terjadi kepadanya ketika makan.

3. Pastikan anak tidak berlari semasa makan. Didik anak duduk semasa makan agar makanan dapat dikunyah dengan sempurna.

4. Sekiranya anda ingin memberikan sayur-sayuran keras seperti kentang, lobak merah dan brokoli kepada anak, rebuslah sehingga betul-betul lembut agar anak dapat menelannya tanpa sebarang masalah.

Kelalaian orang dewasa boleh menyebabkan bayi atau anak kecil menjadi mangsa. Sama-samalah kita mengambil langkah berjaga-jaga.

(Visited 194 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!