4 Tips Memilih Baju Bayi Yang Bakal Lahir

Assalamualaikum w.b.t

Sebaik sahaja menginjak ke bulan-bulan akhir kehamilan, biasanya ibu bapa mula sibuk membuat persiapan untuk si kecil yang bakal lahir terutamanya dari segi pakaiannya. Malah, ada juga ibu-bapa yang mula terjebak untuk mencari keperluan harian bayi menerusi atas talian. Rambang mata dibuatnya kala melihat pelbagai fesyen dan aksesori buat  si manja. Semuanya nampak cantik dan berwarna warni.

Jika diikutkan mahu rasanya borong banyak untuk bayi, tapi sabar dulu wahai ibu-bapa, anda harus mempertimbangkan 4 tips memilih baju di bawah ini sebelum membuat pembelian barang keperluan bayi yang bakal lahir. Berikut adalah panduan yang boleh anda ambil kira.

baju bayi baru lahir

1. Keselesaan

Faktor keselesaan perlu diberi keutamaan. Walau secantik mana pun baju yang anda pilih untuk si manja, apa yang paling penting anda harus memikirkan adakah si manja selesa dengan pakaian tersebut? Sekiranya anda membuat pembelian atas talian, lagilah anda kena lebih berhati-hati kerana anda tidak dapat melihat pakaian itu secara fizikal.  Di dalam gambar mungkin nampak cantik dan selesa, namun bila dah dapat, lain pula ceritanya.

Apapun, ciri-ciri keselesaan yang boleh diperhatikan daripada rekaan pakaian tersebut. Pastikan pakaian tersebut longgar (tidak terlalu ketat), fabrik lembut (bagi mengelakkan rasa gatal) dan bukaan leher yang selesa (tidak sempit).

Selain itu, faktor musim juga perlu di ambil kira agar si  manja selesa iaitu tidak kepanasan atau kesejukan.

2. Mudah

Kalau ibu seperti Jida ni, semuanya nak yang senang dan mudah. Cantik ke tidak dah jatuh nombor dua. Apa maksudnya mudah yang Jida maksudkan tu?

Hehe..Bila menyentuh tentang pakaian bayi, anda perlu memastikan baju yang dibeli mudah mudah untuk dibuka atau dipakaikan pada bayi . Anda kena tahu yang bayi baru lahir perlu kerap ditukarkan lampin agar si manja sentiasa selesa dan mudah untuk dijaga. Jadi, ciri-ciri pakaian yang lebih mudah serta praktikal sangat digalakkan dalam memberi keselesaan kepada si manja sekaligus turut memudahkan anda.

3. Kesesuaian saiz.

Yang ni sangat-sangat penting. Pastikan pakaian yang bakal dibeli tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar untuk si kecil anda. Bagaimanapun, anda digalakkan membeli pakaian yang saiznya satu tahap lebih besar berbanding umur bayi anda. Contohnya, saiz baju untuk bayi baru lahir adalah saiz 0 hingga 3, tetapi anda memilih baju dari saiz 3 ke 6 bulan. Cara ini membolehkan bayi anda memakai pakaian tersebut dalam jangka masa yang lebih lama. Menjimatkan!

Mengikut pengalaman Jida yang lepas, 2 pasang je baju newborn(0 hingga 3 bulan) yang Jida belikan untuk anak-anak. Itupun untuk pakai semasa dihospital. Yang lain-lain, memang saiz besar. Almaklumlah, dua-dua puteri Jida ni memang cepat membesar, memang elok sangat beli satu saiz lebih besar daripada umur diaorang. Boleh pakai lama sikit. Kalau agak-agak terlebih dari tangan, lipatlah sikit hujung baju bayi bagi kemas. Takde hal lah.

4. Corak dan aksesori

Mata sering terpaku melihat rekaan pakaian bayi yang comel atau ‘fancy’. Walau bagaimanapun, anda perlu menitikberatkan aspek keselamatan bayi apabila menyarungkan sesuatu baju ke tubuhnya. Janganlah terlalu sarat dengan tampalan corak aksesori yang mungkin boleh mencederakan si comel sewaktu memakainya. Tambahan pula, si comel belum mampu mengawal pergerakan tangannya dengan baik. Jadi, bimbang pula sekiranya tangan atau jari halusnya tersangkut pada juntaian aksesori yang menghiasi rekaan pakaiannya.

OK. Itu sahajalah tips memilih pakaian untuk bayi yang bakal lahir nanti. Semoga entri ini dapat dijadikan panduan untuk anda semua dan sekiranya anda suka dengan entri ini, jemput Share ye. Terima Kasih kerana sudi membaca disini.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

(Visited 5,320 times, 17 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

5 thoughts on “4 Tips Memilih Baju Bayi Yang Bakal Lahir

  1. Saya, memang tak tahan tengok baju2 baby yang berfesyen, tak berjenama pun takpe, yang penting comel. Cuma, tahan hati, banyak beli yang penting untuk pakaian harian, warna-warna universal, selamat 🙂 Tak gitu? 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!