3 Tips Yang Boleh Dilakukan Bila Lapar Waktu Malam

Entah kenapa lah perut kita ni, waktu malam pun masih lagi terasa lapar, sedangkan sejam sebelum tu kita dah makan malam dah pun. Tapi, tetap juga nak mencari makanan malam-malam.

Menahan rasa lapar pada waktu malam mungkin akan membuatkan anda berasa tertekan. Perlukah anda terus bertahan atau melayan sahaja kehendak perut?

Tahukah anda, salah satu diantara penyebab berat badan mudah naik adalah kerana tabiat yang suka makan lewat malam. Waktu yang sebaiknya untuk makan makanan berat adalah sebelum pukul 8 atau 2 jam sebelum tidur. Dan sekiranya anda masih lagi lapar selepas pada waktu tersebut, tips-tips berikut mungkin dapat membantu anda.

tip elak lapar malam

1- Pilih makanan sesuai jika lapar pada waktu malam

Jika terpaksa makan, pilih makanan sihat seperti sup sayur dan buah-buahan. Seeloknya elakkan mengambil makanan segera seperti mi segera. Boleh juga buat carian di internet akan jenis makanan malam yang bersesuaian untuk diet.

2- Minum air putih untuk atasi lapar pada waktu malam

Minum segelas air putih terlebih dahulu sebelum anda mula makan. Pasti perut akan berasa cepat kenyang dan ini akan mengelakkan anda makan berlebihan. Boleh juga membaca petua sihat dengan air putih.

3- Makan buah terlebih dahulu jika terpaksa makan nasi.

Kemudian penuhkan tiga perempat pinggan anda dengan sayur-sayuran dan hanya tambah seperempat nasi dan lauk. Buah dan sayur pasti akan membuatkan anda cepat kenyang.

Ingatlah bahawa makan malam hanya untuk mengalas perut. Diharapkan perkongsian tips untuk mengatasi rasa lapar pada waktu malam ini bermanfaat untuk anda.

(Visited 83 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “3 Tips Yang Boleh Dilakukan Bila Lapar Waktu Malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!