5 Amalan Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Pernahkah kita ditegur jangan buat itu, jangan buat ini semasa mengandung oleh orang tua. Nasihat mereka itu jangan kita abaikan selagi ia tidak bertentangan dengan hukum yang digariskan oleh Islam. Sesetengah perkara yang mereka tegur itu kadang-kadang adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri membesarkan anak-anak.

poster-5amalan

Ini lah antara amalan yang terbaik ibu-ibu amalkan sepanjang mengandung

#1-  Didikan di dalam rahim

Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia ada di dalam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah S.W.T telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah s.w.t dan taat pada suami. Insya Allah anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

#2- Jaga Tingkah Laku

Ketika hamil emosi si ibu tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan perdengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya agar si anakdapat mendengarinya sekaligus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

#3- Beribadah

Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, Insya Allah anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan  dalam suasana tetap beribadaah akan menunjukkan kesungguhan untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah, ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah s.w.t dalam usia semuda itu.

#4- Jaga Kata-kata

Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah=kalimah yang baik, Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik untuk ibunya.

#5- Membaca Al-Quran

Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan-amalan sunat yang lain agar zuriat yang dilahirkan nanti adalah anak yang soleh dan solehah. Insya Allah.

Mudah-mudahan apa yang kita amalkan akan dapat diwarisi oleh anak-anak kita. Setiap yang baik, InshaAllah akan dibalas dengan ganjaran oleh Allah s.w.t.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

-RUZIDAH-

-013-6691930-

(Visited 965 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “5 Amalan Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!