5 Cara Hilangkan Jeragat Di Muka

Bertompok-tompok jeragat di muka. Ada yang besar, ada yang halus je. Walaupun tak delah mengganggu sangat bagi sesetengah orang, tapi bila dah banyak sampai penuh pipi jeragat dok bertenggek, tentulah nampak tak cantik dah kulit kita. Hilang dah la kulit muda remaja kita yang gebu gebas tu.

Jadi, apakata bermula hari ni, kita rajin-rajinkan diri untuk follow tips yang ada di bawah ini. Inshaallah, tips yang ada tak lah susah mana, janji kena rajin amal lah secara konsisten.

jeragat hilang tips

1) KENA RAJIN CUCI MUKA

Muka kena cuci hari hari. Paling kurang 2 kali sehari, pagi dan malam sebelum tido. Namun perlu ingat bahawa penggunaan sabun yang berlebihan ataupun menggosok dengan terlalu kuat boleh merosakkan kulit muka, oleh itu berbuatlah berpada-pada

2) PELINDUNG MATAHARI

Sering terdedah kepada sinaran matahari merupakan punca terjadinya jeragat. Kita boleh atasi dengan menggunakan krim yang mempunya sunblock untuk menghindarkan kulit
dari terkena secara terus sinaran matahari (UV).

Malahan, walaupun anda tidak keluar dan cuma duduk kat umah, pakailah sunblock juga. Sebabnya bahang panas dari tempat masak kita tu pun boleh buat jeragat hinggap. Bila ada jeragat ni, muka yang muda pun nampak tua. Seram aih!

3) PEMAKANAN DAN MINUMAN

Jaga makan. Minum air kosong banyak banyak supaya toksin dalam badan boleh keluar.

4) SKRUB MUKA

1 minggu sekali buat scrub. Sebab kan, scrub boleh buang kulit mati dan pudarkan parut jeragat. Bila scrub, skin akan glowing merelip-relip taw.

Baca Sini : Produk Skincare Terbaru Yang Buat Anda 10 Tahun Lebih Muda.

5) AMBIL PRODUK TINGGI ANTI OKSIDAN

Cuba anda pegang dan sentuh kulit anggur dan epal. Licin dan tegang kan? Anda tahu apa rahsia kulit buah ni? Jawapannya ialah ANTI-OKSIDAN YANG TINGGI. Lapisan kulit epal dan anggur ini ada anti-oksidan yang tinggi. Hingga ia dapat melawan penyakit dan boleh kekal tegang dalam masa yang lama. Sama la juga dengan kulit kita. Kita memerlukan antioksidan yang tinggi melawan dan mengatasi jeragat.

Baca Sini : Produk Terbaik Yang Tinggi Anti Oksida.

Kesimpulannya, nak kulit cantik memang kena rajin. Jarang sangat orang malas jaga muka, tapi kulit tetap halus mulus. Jadi, jangan abaikan penjagaan muka bermula dari sekarang.

(Visited 262 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!