5 Cara Menghadapi Anak Suka Hisap Puting, Ibu Ayah Wajib Tahu

Baru-baru ini viral di media sosial beberapa keping gambar kanak-kanak kecil yang berpakaian sekolah tetapi masih lagi menghisap puting. Walaupun nampak comel je gambar tersebut, tetapi terdetik jugalah di hati kecil ini, sampai bilakah dia hendak hisap puting, sampaikan pergi sekolah pun putingnya masih tidak boleh tinggal.

Ibu bapa yang memberi puting kepada anak-anak seharusnya peka dengan lima perkara ini bagi memastikan pertumbuhan fizikalnya berkembang dengan baik dan tabiat menghisap putingnya dapat dikawal sedari awal.

Bayi hisap-puting

1. Gunakan puting yang bersih

Jangan pandang remeh, anda kena steril puting kosong sama seperti puting botol. Apatah lagi puting kosong kerap digunakan bayi.

2. Kerap tukar puting

Sebaiknya anda menggantikan puting kosong bayi secara kerap. Pastikan puting tidak pecah atau berlubang yang boleh menjadi punca kuman merebak. Gantikan dengan puting baru secepat mungkin sekiranya terdapat puting yang rosak.

3. Hadkan penggunaan

Jangan terlalu bergantung kepada puting, bimbang sekiranya penggunaan puting kosong untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan infeksi kepada telinga. Jika bayi diserang kolik atau sedang menangis, anda boleh bagi puting.

4. Beri apabila perlu

Cuba beri puting kosong apabila bayi anda memerlukan puting kosong sahaja. Jangan biarkan anak anda terlalu bergantung kepada puting, risau jadi satu tabiat dan sukar nanti bila hendak ‘cerai’ hisap puting.

5. Ketepikan bila tiba masa

Cuba pisahkan anak anda daripada puting kosong kesayangannya sebelum usia satu tahun. Seeloknya sebelum gigi kekal keluar dan jangan biarkan penggunaan puting kosong menjadi tabiat.

Diharapkan dengan info ini, dapat memberi panduan kepada anda dalam meniti perjalanan keibubapaan bersama anak-anak tersayang.

(Visited 383 times, 12 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!