5 Cara Untuk Mengatasi Perasaan Marah

Rasa marah? Kenapa? Kawan anda ‘tikam belakang’? Adik beradik anda sendiri menipu anda?

Anda sedang meluap-luap rasa ingin marah?

Itu adalah perkara biasa bagi kita sebagai seorang manusia. Walaupun begitu, sifat marah ni bukan sesuatu yang perkara yang elok untuk kita.

Sebagai seorang Muslim, kita mestilah berpandukan kepada ajaran Islam sebagai panduan hidup kita.

Terdapat dua hakikat marah yang perlu kita ketahui :-

? Marah yang Terpuji

Dilakukan untuk membela diri, agama, kehormatan, atau menolong orang yang di zalimi.

Marah yang Tercela 

Merupakan marah yang dilakukan atas dasar balas dendam atau keegoisan diri sendiri. Marah yang tidak untuk menegakkan kebenaran atau marah yang diiringi dengan perbuatan tercela lainnya.

Marah garang

Apa perlu anda buat bila perasaan amarah menguasai diri?

1. Tarik Nafas Dalam-dalam

Cara ini amat baik dan bermanfaat agar saraf vagus iaitu salah satu saraf yang berada di otak dapat menyampaikan isyarat ke tubuh anda untuk membuatkan otot lebih relaks. Jika ada sesuatu yang mengganggu fikiran dan menyebabkan emosi anda tidak stabil, maka segera tarik nafas dalam-dalam.

Tarik nafas dalam secara perlahan-lahan sehingga kiraan 4 menggunakan hidung, tahan nafas dalam kiraan 2 dan hembuskan nafas perlahan-lahan dalam kiraan 4 menggunakan mulut.

2. Tenangkan Hati Dengan Berzikir

Perbanyakkan berzikir kepada Allah SWT seperti istighfar, tasbih, tahmid, takbir, dan sebagainya. Zikir yang paling utama ialah La ilaaha illallah.

3. Mengubah posisi

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Jika salah seorang di antara kalian marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring.” (H. R. Ahmad).

4. Ambil wudhu atau mandi.

Saat seseorang itu sedang marah, segeralah berwuduk, kerana air di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.

5. Luahkan perasaan pada orang yang anda percaya.

Carilah tempat untuk meluahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

Ingat lah semua. Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan juga dengan kedudukan seseorang.

Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Kawal Kemarahan, Hentikan Serangan Jantung

Penyelidik Harvard School of Public Health mendapati, dalam tempoh dua jam selepas anda melepaskan kemarahan, risiko serangan jantung meningkat lima kali ganda dan stroke pula empat kali ganda. Dr Murray Mittleman, pengarah epidemiologi kardiovaskular di Harvard menyatakan , marah mengubah fisiologi dengan meninggikan kadar degupan jantung dan pernafasan, mengecutkan salur darah dan meninggikan tekanan darah. Laporan diterbitkan dalam European Heart Journal.

Oleh itu, walau sekuat mana pun perasaan marah kita pada seseorang itu, cubalah untuk berdiam seketika, berfikir dengan positif dan bertenang. Jangan terlalu dipengaruhi oleh emosi yang akhirnya menyebabkan masalah semakin besar dan berlanjutan. Cari pendekatan terbaik dan tidak akan menyusahkan diri sendiri.

Insha allah, hidup akan menjadi lebih tenang apabila semuanya dapat dikawal dengan minda yang waras.

(Visited 63 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “5 Cara Untuk Mengatasi Perasaan Marah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!