5 Info Pilih Kasut Masa Hamil

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun nampak remeh, keperluan yang satu ini perlu di ambil kira demi keselamatan dan keselesaan si ibu. Beberapa faktor perlu dititik berat dalam memilih kasut yang sesuai sepanjang tempoh hamil.

kasut-mengandung

1. Elak kasut tumit tinggi.

Pilih kasut tanpa tumit yang lembut dan lebar. Jika masih mahu memakai kasut bertumit, pilih kasut dengan ketinggian maksimum satu hingga dua inci sahaja. Untuk langkah keselamatan, kasut bertumit hanya boleh dipakai sebelum kandungan mencecah enam bulan.

2.Jenis sarung

Jika memilih kasut bersarung, anda tidak perlu membongkokkan tubuh untuk memakai atau mengikat tali kasut. Apatah lagi apabila perut anda semakin membesar, pasti anda semakin sukar membongkok bagi mencapai kaki.

3. Daya sokongan kuat

Kasut yang dipilih perlu mampu menyerap hentakan yang kuat. Jadi, pilihlah tapak kasut yang mencengkam dan hindari kasut dengan tapak yang licin dan mudah tergelincir.

4. Jangan sekadar muat

Beli kasut pada waktu petang atau malam. Di waktu sebegini, saiz kaki berada pada tahap maksimum. Dalam pada itu, elakkan membeli kasut yang ketat atau sekadar muat bagi mengelakkan masalah pengaliran darah di bahagian kaki.

5. Kasut sukan

Jika sesuai dengan corak tugasan seharian, anda digalakkan untuk memakai kasut sukan kerana ia lebih selesa.

Ibu-ibu hamil perlulah mementingkan keselamatan diri dan kandungan semasa kehamilan. Sebarang risiko yang terjadi akibat dari sikap tidak mengambil tahu akan keselamatan diri boleh mengundang padah. Elakkannya sebelum ia terjadi.

Semoga info di atas berguna.

RUZIDAH ABDULLAH [ 013-6691930]

Dapatkan Set Hamil / Set Berpantang/ Set Menyusu dari Jida

dengan menghubungi nombor diatas.

(Visited 920 times, 14 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!