5 Masalah Kulit Yang Biasa Di Alami Oleh Orang Malaysia

Rasanya jarang sangat nak jumpa orang Malaysia yang kulitnya semulajadi flawless dan cantik. Even model-model yang cun melecun tu pun, bila tak bermake up, mukanya macam orang lain juga. Pasti ada juga masalah kulit yang muncul.

Sebab itulah, entri kali ini Jida senaraikan 5 masalah kulit yang biasa di alami oleh orang-orang di Malaysia.

Masalah Kulit

Masalah Kulit #1 – Jerawat batu dan jerawat halus.

Masalah ini adalah masalah paling umum yang kerap terjadi pada setiap orang. Baik lelaki ataupun perempuan.

Banyak faktor yang membuat kulit wajah jadi berjerawat dan banyak cara pula untuk mengatasinya, bergantung kepada betapa teruk jerawat yang terjadi.

Antara cara untuk mengatasi masalah jerawat adalah dengan mengawal makanan dan memerhatikan kebersihan kulit wajah. Jangan biarkan wajah anda jadi berminyak dan membuat debu kotoran suka menempel di sana. ?

Rajin-rajinlah cuci muka setiap hari agar kotoran dan debu dapat dibersihkan dari wajah. Aktiviti mencuci muka seharusnya menjadi rutin anda, lagi-lagi sekiranya anda banyak melakukan aktiviti di luar.

Artikel Berkaitan :  Makin Cantik Setelah Tahu Cara Cuci Muka Yang Betul.

Selain daripada penjagaan kulit secara luaran, anda juga boleh amalkan vitamin untuk memelihara kulit secara dalaman juga. Bila dalaman sihat, kulit luaran juga mestilah terpancar serinya.?

Masalah Kulit #2 – Kulit kering.

Orang-orang yang tinggal di negara yang beriklim tropika selalu memiliki permasalahan kulit yang satu ini.

Selain daripada faktor cuaca, pemakaian produk kecantikan yang anda pakai juga dapat memberi kesan pada kulit.

Cara nak mengatasinya, anda perlu memilih produk makeup yang bersesuaian dengan kulit anda. Periksa dulu kesesuaian produk kecantikan sebelum memutuskan untuk menggunakannya.

Selain itu, anda juga boleh melakukan perawatan kulit wajah kering dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti menggunakan buah tomato, madu, beras dan daun lidah buaya.

Semua bahan-bahan ini boleh anda jadikan masker untuk merawat wajah dari masalah kulit anda. Nak tau caranya, anda boleh rujuk entri Jida sebelum ini di bawah ini.

Klik Sini : Cara Membuat Masker Sendiri Di Rumah

Masalah Kulit #3 – Sensitif sinar matahari ( Sunburn )

Tinggal di negara yang hanya memiliki dua musim, iaitu kemarau dan hujan, membuat wajah anda terdedah kepada bahang matahari dalam jumlah yang banyak. Lagi-lagi, apabila kerja anda memerlukan anda banyak berada di luar dan seterusnya membuat kulit anda rosak akibat bahang matahari yang bersuhu tinggi.

Oleh kerana tidak semua orang memiliki ketahanan kulit yang baik terhadap sinar matahari. Maka, anda perlulah memilih produk penjagaan kulit yang tepat untuk melindungi kulitmu dari cahaya matahari.

Kalau boleh, jangan berada di bawah sinar matahari terlalu lama tanpa pelindung. Amalkan juga vitamin C  yang diperlukan oleh tubuh, dan lakukan masker madu secara rutin.

Artikel Berkaitan : Lindungi Kulit dari Sinar Matahari dengan menggunakan Krim Pelindung.

Masalah Kulit #4 – Pori-pori besar.

Memiliki pori-pori besar merupakan salah satu faktor munculnya jerawat.

Gunakan putih telur sebagai masker untuk mengecilkan saiz pori-pori. Anda juga boleh menggunakan tomato dan ais untuk mengecilkan pori-pori kulit wajah. Lakukan secara rutin.

Masalah Kulit #5 – Kulit kusam.

Kebanyakan orang tidak tahu bahawa badan yang tidak mendapat rehat yang cukup dan selalu berdepan dengan stress boleh memberikan kesan yang tidak elok untuk kulit anda.

Cara mengatasinya anda boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti lemon, putih telur, papaya dan timun untuk dijadikan sebagai masker. Sekiranya anda rajin menjaga wajah dengan konsisten, tidak mustahil wajah anda yang kusam dapat diatasi tanpa mengeluarkan belanja besar.

Namun begitu, jangan lupa untuk mencuci muka setidaknya dua kali sehari untuk mendapatkan hasil yang lebih optimum.

Itulah dia senarai lima masalah kulit yang biasa di alami oleh orang Malaysia dan juga cara untuk mengatasinya. Diharapkan dengan sedikit info ini dapat membantu anda menjaga kulit wajah dengan lebih baik nanti.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini dan silakan share sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat.

(Visited 579 times, 18 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

3 thoughts on “5 Masalah Kulit Yang Biasa Di Alami Oleh Orang Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!