5 Nutrisi penting untuk anak, membesar dengan sihat.

Ibu bapa harus menjadi lebih peka apabila melibatkan memberi makanan kepada anak-anak apatah lagi sekiranya mereka masih kecil agar tumbesaran mereka tidak terjejas.

Kanak-kanak

1 – Kalsium
Kalsium sangat baik untuk tubuh kerana berfungsi untuk menguatkan otot, mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. Selain itu, kalsium juga dapat menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi. Kalsium boleh didapati daripada susu, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2- Magnesium
Sebagai salah satu nutrien yang penting, pengambilan magnesium yang mencukupi banyak faedahnya. Antaranya ialah memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan sistem imunisasi badan, meningkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat. Untuk memastikan anak mendapat magnesium yang mencukupi, berilah mereka makanan sayuran hijau, kekacang dan gandum.

3- Serat
Pengambilan makanan yang kaya serat baik untuk sistem penghadaman anak. Bukan itu sahaja, malah serat dapat membantu mengelakkan serangan penyakit jantung, masalah kolestrol dan memastikan berat badan anak berada di dalam linkungan yang sepatutnya. Antara makanan yang tinggi kandungan serat adalah bijirin sarapan pagi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

4- Vitamin D
Vitamin D adalah sangat baik untuk untuk sistem imunisasi anak agar dia tidak mudah dijangkiti penyakit. Vitamin D juga membantu meningkatkan pertumbuhan dan kekuatan tulang anak. Vitamin jenis ini boleh didapati dengan mudah daripada ikan dan susu.

5- Vitamin E

Untuk mengelakkan daripada serangan radikal bebas, pastikan anak mendapat Vitamin E yang secukupnya. Vitamin ini juga membantu membina sistem imunisasi badan dan mengekalkan metabolisma. Vitamin E terdapat dalam sayuran hijau seperti bayam.

(Visited 225 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!