5 Petua Buang Angin Di Dalam Badan

Sangat tak selesa bila angin tak dapat keluar dari badan. Rasanya, ramai yang pernah mengalami masalah angin dalam badan. Yang membezakan mungkin tahap kritikal anda mengalami.

Ada yang mengalaminya hanya dalam sejam dua je. Lepas tu lega dah. Ada juga yang kena sampai tak boleh tidur malam dibuatnya. Dan yang paling parah, ada yang sampai susah nak bernafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Takut kan?

Apakah tanda-tanda angin banyak dalam badan?

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•’Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan rasa ketidakselesaan badan.

Bagaimana ia terjadi?

Angin dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur. Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.

Selain itu, faktor pemakanan juga boleh menjadi punca masalah angin. Terutamanya bagi yang kerap mengalami masalah angin di dalam badan. Ini kerana terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan agar masalah angin tidak berulang.

Antara contoh makanan yang menyebabkan angin dalam badan adalah seperti kacang, brokoli, kobis, tauge, bawang, asparagus,buah pir, epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum.

Namun begitu, sekiranya masalah angin tetap juga datang, beberapa petua di bawah boleh anda cuba.

1. Halia

Halia memang berkesan untuk Jida kalau badan masuk angin. Caranya, potong halia nipis-nipis. Kemudian rebus di dalam periuk. Setelah mendidih tutup api rebusan. Biarkan air halia suam dahulu sebelum diminum. Minum beberapa kali sehingga masalah angin lega.

Halia

Sesetengah orang kurang suka rasa halia begini. Jangan risau, anda juga boleh cuba minuman yang dicampurkan halia seperti teh halia dan susu halia. Malah, ada juga supplemen halia untuk anda telan. Pasti ada satu yang sesuai dengan anda.

2. Bawang putih

Selain daripada menjadi perasa pada masakan, bawang putih juga boleh menjadi ramuan untuk mengatasi masalah angin dalam badan. Kandungan yang terdapat dalam bawang putih dipercayai mampu untuk mengatasi masalah angin dalam badan dengan cepat. Caranya adalah dengan mengupas kulit bawang dan basuh bersih-bersih. Ambil 4-5 ulas bawang dan rebus dengan 2 cawan air. Tunggu sehingga air mendidih dan tinggal separuh. Minum ketika suam.

Bawang

Tapi, kalau tak sanggup nak minum air bawang putih, Jida ada alternatif untuk anda. Boleh klik sini kalau nak tau. Tak payah nak rebus-rebus lagi dah!

3. Minum rebusan daun betik

Selain daripada halia dan bawang putih, daun betik pun boleh memberi manfaat pada manusia. Caranya adalah dengan merebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air. Biarkan seketika air yang bercampur dengan daun betik dan minum rebusan air dalam keadaan suam. Walaupun rasanya pahit, tapi bak orang tua kata, yang pahit itulah ubat.

Air betik

4. Minum sup hangat

Inilah petua buang angin dalam badan yang sedap, iaitu dengan minum sup hangat. Kesan daripada minum sup hangat ini, bahagian dalam badan akan merasa lebih panas dan seterusnya memberi rasa segar pada tubuh yang sebelumnya lesu.

5. Lakukan urutan abdomen

Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.

Bila dah keluar angin atau sendawa. Legalah la sikit kan. Takde lah rasa tak selesa lagi. Best kan?

Semoga petua ini bermanfaat untuk anda dan sekiranya anda suka dengan artikel ini, jemput tekan butang Share ya. Terima Kasih.

* RUZIDAH *

 [ ruzidah@gmail.com ]

013-6691930 

(Visited 2,156 times, 460 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

4 thoughts on “5 Petua Buang Angin Di Dalam Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!