5 Petua Hilangkan Lingkaran Hitam bawah Mata

Malam tadi tidur lambat dek kerana banyaknya urusan yang nak diselesaikan. Dah habis uruskan semua, pukul 4 pagi baru dapat. Tup-tup bangun pagi, lingkaran hitam dah muncul sekitar mata. Aduh, stress betul lah..

petua lingkaran gelap bawah mata

Macam mana caranya nak atasi masalah lingkaran hitam bawah mata?

Mudah je petua ni, sebab ia menggunakan bahan semulajadi atau alami yang boleh di dapati di rumah anda. Beberapa petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata adalah sepeti berikut:

1. Petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan timun

Bersihkan muka, kemudian baring. Letakkan potongan timun yang telah disejukkan selama 30 minit terlebih dahulu ke bahagian sekitar mata. Relaks, gosok perlahan-lahan dan biarkan potongan timun dengan lembut selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk.

hilangkan eyebag dengan timun

Rasa sejuk daripada buah timun dapat mengurangkan bahagian mata yang bengkak serta berfungsi untuk mengecilkan dan menyamarkan eyebag serta menegangkan jaringan kulit muka.

2. Petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan teh

Ambil uncang teh yang telah digunakan dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Letakkan uncang itu di atas kawasan mata dan biarkan selama 15 minit.

3. Petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan kentang

Boleh juga gunakan kentang yang dihiris nipis. Letakkan di mata anda selama 15 minit.

4. Petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan ais batu

ais batu

Ais batu dikatakan cukup efektif untuk menghilangkan eyebag.Tambahan pula, sifat ais yang sejuk mampu memberikan kesegaran kulit.

Bersihkan muka. Kemudian Ambil beberapa ketul ais batu, bungkus dalam sapu tangan lembut. Kemudian tekap-tekap pada mata anda.

5. Petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan madu, lemon dan telur

Campurkan sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan pada sekeliling mata anda dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air.

Selain daripada petua-petua di atas anda juga boleh mencuba pemakaian krim pada mata seperti contoh Youth Restoring Eye Treatment ini.

Apapun, yang paling penting pastikan tidur yang mencukupi dan elakkan tekanan dengan sentiasa berfikiran positif. Semoga perkongsian petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata ini boleh anda cuba praktikkan.

(Visited 62 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!