5 Petua Tambah Susu Badan

Hari-hari selepas bergelar ibu memang mengujakan! Selalu sahaja ada sesuatu yang baru kita akan belajar seiring dengan tumbesaran bayi kita. Lagi-lagi pada wanita yang baru pertama kali menjadi seorang ibu. Tentu sahaja pengalaman membesarkan anak itu penuh dengan seribu satu kisah sedari dari saat dia di lahirkan. Antara masalah yang menjadi kerisauan para ibu adalah pengeluaran susu ibu yang kurang.

breastfeed-anak

 Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.

1. Kerap menyusu – Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

2. Amalan tradisi – Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makanan herba – terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

Halba

4. Minum air minimum 3 Liter sehari – selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,

KLIK SINI untuk mengetahui cara mengatasi ‘Bengkak Susu‘ bagi Ibu yang baru melahirkan bayi.

5. Posisi yang betul– dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

posisi-menyusu

Di harapkan dengan sedikit panduan ini, ibu-ibu boleh mendapat sedikit manfaat daripadanya. Mungkin juga dapat menyelesaikan masalah kurang susu badan yang dialami sebelum ini.

KLIK SINI untuk mengetahui 10 sebab kenapa ibu-ibu yang menyusukan anak memerlukan Set Penyusuan untuk membantu pengeluaran susu yang lebih banyak?

Terima Kasih semua pembaca. =)

(Visited 2,529 times, 8 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!