5 Punca Selalu Sakit Kepala Selepas Bangun Tidur

Setiap kali bangun pagi, kepala rasa sakit berdenyut-denyut. Sekejap lagi nak bersiap ke tempat kerja dah, tapi kepala rasa berat dan sakit sangat.

Anda juga mungkin tak pasti kenapa tiba-tiba je sakit kepala selepas bangun tidur, walhal semalam ok lagi. Takpe, cuba kita semak, adakah disebabkan oleh perkara-perkara yang Jida senaraikan dibawah ini?

sakit kepala selepas bangun tidur

Punca Sakit Kepala #1 – Tidur terlalu lewat

Tidur terlalu lewat boleh menjadikan anda tidak cukup tidur. Bayangkanlah, tidur pukul 2 atau 3 pagi, masuk je pukul 6 dah kena bersiap sedia untuk ke tempat kerja pula.

Apabila waktu tidur selalu tidak mencukupi inilah menyebabkan anda merasa sakit kepala selepas bangun dari tidur. Hal ini berlaku oleh sebab peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah sehingga menyebabkan sakit kepala.

Untuk mengatasinya, pastikan anda tidur tepat pada waktunya. Hentikan tabiat suka lepak berjam-jam di kedai mamak sampai larut malam atau hobi menghadap permainan video sampai ke subuh.

Punca Sakit Kepala #2 – Salah Posisi Tidur

Perkara seperti ini juga boleh mengundang kepada sakit kepala atau pening apabila bangun tidur. Oleh itu, pastikan anda tidur dalam posisi yang baik dan tidak memberi tekanan pada tubuh anda.

Gunakan bantal yang sesuai untuk kepala dan bahu anda. Begitu juga dengan tilam. Pilihlah tilam yang tidak terlalu keras supaya tubuh anda dapat berehat dengan selesa.

Punca Sakit Kepala #3 – Minuman Berkafein

Minuman berkafein, seperti kopi, coklat atau teh dapat membuat anda sukar untuk tidur hingga akhirnya mengakibatkan sakit kepala apabila bangun tidur. Oleh itu hindari minum kopi menjelang waktunya tidur.

Untuk memastikan tidur lebih lena sepanjang malam, amalkan segelas susu suam sebelum tidur. Kalau tak suka rasa susu, boleh cuba alternatif lain seperti suplemen kalsium, ostematrix. Pasti lebih cergas bila bangun pagi.

Punca Sakit Kepala #4 – Terlalu Banyak Tidur

Tidur yang berlebihan juga boleh menyebabkan sakit kepala. Hal ini disebabkan oleh penurunan kadar serotonin dalam otak yang berisiko untuk mengurangi aliran darah menuju ke otak.

Punca Sakit Kepala #5 – Stress/ Tekanan

Hidup dalam keadaan stress juga boleh mendorong kepada terjadinya sakit kepala selepas bangun tidur. Untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan, anda seharusnya bijak mengawal stress agar tidak memberi pengaruh buruk pada kesihatan.

Dan sekiranya anda merasakan sakit kepala yang anda alami adalah tidak normal, mungkin sebaiknya anda merujuk pada doktor untuk diperiksa.

(Visited 317 times, 37 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “5 Punca Selalu Sakit Kepala Selepas Bangun Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!