5 Sebab Kenapa Bisnes Shaklee Sesuai Untuk Surirumah

Tanggung jawab seorang suri rumah sangatlah besar dalam membina sebuah keluarga yang harmoni. Kadang-kala dalam satu hari, kerja rumahnya seperti tidak akan pernah habis. Dari memasak, membasuh, menghantar anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan macam-macam lagi. Namun begitu, itu bukan bermakna, golongan suri rumah tidak boleh menjana pendapatan sampingan dari rumah dek kerana sibuk dengan rutin harian.

Surirumah juga mampu untuk menjana pendapatan yang tidak terhad sama seperti pekerja makan gaji asalkan mereka mahu dan rajin berusaha.

Di bawah ini, Jida senaraikan 5 sebab kenapa Bisnes Shaklee Sesuai Untuk Surirumah.

surirumah hebat

1. Tak perlu keluar rumah jika ingin order barang dari Shaklee

Semuanya boleh dilakukan secara online samaada dengan menggunakan komputer mahupun telefon pintar. Klik sahaja laman web shaklee2u, pilih item yang ingin dibeli, masukkan maklumat penghantaran, bayar dan Siapp!! Tunggu sahaja Abang posmen hantarkan barang ke depan rumah. Jadi, jangan risau kalau susah nak mengangkut barang-barang sambil bawa anak-anak.

2. Bisnes boleh dilakukan secara online atau offline. Ikut keselesaan sendiri

Kalau jenis yang pemalu macam saya ni . Haha.. 90% peratus sales saya lakukan dengan medium Facebook dan Blog. Sentiasa share mengenai kelebihan produk pada kawan-kawan. Insha Allah, pasti ada yang PM dan bertanya nanti sebab produk Shaklee memang dah ramai yang amalkan dah dapat kesan baik daripadanya.

Tak ada Facebook? Tak tahu berblog? Owh..jangan risau. Jida sedia membantumu, wahai ibu-ibu hebat. Malah, kita pun ada kumpulan sokongan yang boleh membantu asal saja anda mempunyai sekeping ‘hati yang kental’ untuk berjaya.

Sejujurnya, Jida dulu pun tak ada pengetahuan langsung berblogging tau. Nak start buat introduction pun ambil masa 2-3 hari. Tapi, bak kata pepatah, ‘ Practice Makes Perfect’. Carilah ilmu itu dengan orang yang lebih tau. Insha Allah , anda akan menjadi orang yang berjaya.

3. Tidak perlu simpan stok.

Bagi yang baru hendak berjinak dengan bisnes Shaklee ini, anda tidak perlu risau langsung untuk simpan stok. Apabila anda sudah menerima pembayaran dari pelanggan, anda cuma perlu login shaklee2u untuk membuat pesanan tersebut dan buat pembayaran pada Shaklee. Pihak Shaklee akan menguruskan penghantaran barang bagi pihak anda. Jadi anda tidak perlu risau untuk menyimpan stok banyak dirumah dan risiko rugi sekiranya barang tidak laku.

Tapi, sekiranya anda sudah mempunyai pelanggan tetap dan mahu menyimpan stok di rumah pun tidak ada masalah. Lagi senang pelanggan anda mendapatkan produk secara terus dari anda.

4. Boleh bawa anak-anak sekali masuk kelas.

Family is priority. Anda tidak perlu risau nak tinggalkan anak-anak sekiranya ada kelas yang ingin anda ikuti. Lihat sahaja gambar Jida ketika di satu event anjuran Shaklee.

jejak jutawan shaklee 2
Ibu-ibu di Program Jejak Jutawan Shaklee
jejak jutawan shaklee
Bersama Editor di Page ‘Kelab Ibu Ohsem’. Yang tengah tu merupakan upline Jida, Pn Lin Chalo.

Ibu-ibu hebat kebanyakannya datang bersama dengan keluarga. Suami dan anak-anak semua angkut sekali. Takde hal lah. Seronok kan macam tu. Sambil menambah ilmu dan networking, sambil kita menghabiskan masa bersama keluarga. Siapa kata kalau buat bisnes, takut suami dan anak-anak terabai?

5. Tidak terikat kepada jadual kerja yang tetap

Kunci utamanya adalah pembahagian masa. Salah satu cabaran bekerja dari rumah datangnya daripada anak-anak. Lagi-lagi sekiranya ibu-ibu mempunyai anak yang masih kecil dan memerlukanĀ  perhatian. Gunakan kebijaksanaan anda untuk menentukan masa yang sesuai untuk menguruskan rumah tangga, bisnes dan kehidupan anda sebaiknya.

Anda boleh membuat jadual atau merancang perkara-perkara yang ingin anda lakukan dengan menulis di dalam buku agar perjalanan bisnes anda berjalan lancar. Namun begitu, bagaimana anda merancang adalah terpulang pada anda sendiri! Anda kan ‘SuperMak’ .

Jemput tonton video dari Puan Fatimah Az Zahra ini mengenai bagaimana beliau boleh ter’jebak’ dengan Shaklee. Kalau Puan Fatimah yang masih bekerja boleh buat bisnes Shaklee? Mengapa tidak kita. Jom jadi Surirumah yang LuarBiasa.

Klik Sini untuk membaca entri Jida sebelum ini mengenai ‘Peluang Jana Pendapatan Buat Mahasiswa ‘.

Jika anda sedang mencari peluang untuk menjana pendapatan sampingan sambil menjaga anak-anak di rumah. Inilah masanya anda menghubungi Jida di talian 013-6691930 sekarang. Tak rugi sekiranya anda mencuba bisnes santai-santai seperti Shaklee ini. Kita boleh membina masa depan yang lebih terjamin sekiranya rajin berusaha.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Pengedar Shaklee Kawasan Banting, Dengkil & Sepang

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin

(Visited 183 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “5 Sebab Kenapa Bisnes Shaklee Sesuai Untuk Surirumah

    1. betul ros..jangan pandang sebelah mata dengan surirumah. tengah buaikan anak pun boleh layan whatsapp dengan customer tau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!