5 Tips Cegah Gastrik Di Bulan Puasa

Di bulan puasa ini, tentunya menjadi cabaran bagi anda untuk menyempurnakan ibadah puasa sekiranya anda kerap mengalami gastrik sebelum ini. Ini kerana jika anda pernah diserang gastrik, kebarangkalian ianya berulang adalah tinggi. Sebaiknya amalkan langkah pencegahan seperti berikut:

tip cegah gastrik bulan puasa

1- Sediakan menu berbuka yang sederhana tetapi sihat dan bertenaga

Berbuka dengan makanan manis semulajadi seperti  buah kurma atau buah-buahan lain yang kurang berasid. Perbanyakkan minum air kosong, ambil hidangan sup atau sedikit manisan. Rehat sebentar dan tunaikan  solat wajib waktu maghrib.

Setelah itu, ambil makanan yang agak berat seperti nasi dan lain-lain. Kayakan dengan makanan beralkali seperti sayuran kobis, brokoli, bawang putih atau sayuran berdaun hijau.

2- Makan sedikit tetapi kerap

Seboleh-bolehnya penghidap gastrik tidak perlu mengambil makanan secara sekaligus dalam kuantiti yang banyak. Amalkan pemakanan yang sedikit tetapi kerap untuk memberi ruang kepada keselesaan sistem penghadaman perut.

Ini dapat mengelakkan asid perut dirembeskan secara mengejut dan juga dapat mengawal paras gula dalam darah semasa proses metabolisma tubuh.

3- Lewatkan sahur dan cepatkan berbuka puasa

Sesungguhnya amalan yang dianjurkan dalam sunnah Rasulullah ini mengandungi hikmahnya tersendiri. Dari aspek nutrisi, melewatkan sahur dapat mengurangkan rasa lapar, dahaga dan keletihan ketika puasa di siang hari.

Dengan ini jarak waktu antara sahur dan berbuka dapat dioptimumkan sebaiknya terutama bagi penghidap gastrik.

Selain itu, elakkan tidur selepas bersahur kerana aktiviti aktif sistem penghadaman perut akan menyebabkan rasa tidak selesa pada perut yang mungkin boleh menyebabkan rasa pedih ulu hati.

4- Kurangkan kafein dalam minuman

Kurangkan kapasiti minuman berkafein seperti kopi dan teh yang terlalu pekat , bersusu atau manis. Cukuplah sekadar rasa yang nipis dan kurang bergula. Minuman berkafein bersifat diuretik yang menyebabkan dehidrasi pada tubuh.

Baca Juga :  Cara Untuk Cukupkan Minum Air Di Bulan Puasa
Kekurangan air boleh memburukkan lagi kesan gastrik pada pesakit.

5- Elak makanan yang merengsakan perut

Antara makanan yang merengsakan perut adalah makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Makanan-makanan jenis ini boleh menjejaskan kelancaran sistem pencernaan.

InshaAllah, dengan perancangan teliti dalam menjaga makan dan minum sepanjang Ramadhan ini anda akan dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik. Jida doakan semoga kesihatan kita semua di tahap terbaik di bulan yang mulia ini. Amin.

Selain itu, jangan lupa untuk klik sini sekiranya anda ingin tahu apakah Suplemen Yang Baik Di Ambil Oleh Orang Gastrik Semasa Berpuasa. Terima Kasih.

(Visited 62 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!