5 Tips Elak Kekejangan Kaki Semasa Hamil

Assalamualaikum w.b.t

Kekejangan kaki berlaku apabila otot-otot di kaki kita tiba-tiba menegang dan ia menyebabkan kesakitan sedikit serta mengganggu masa tidur kita. Kekejangan kaki adalah perkara biasa buat ibu-ibu mengandung apalagi bila sudah memasuki trimester tiga.

hamil-kejang-kaki-tips

Kenapa ibu hamil mudah  mendapat kekejangan kaki?

Ibu-ibu mengandung boleh mendapat kekejangan kaki mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrients di dalam badan ataupun dihadrasi. Apabila badan kekurangan air atau sodium, badan boleh berkontraksi dan menjadikan kekejangan.

KLIK SINI untuk mengetahui nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil.

Apakah cara-cara yang anda boleh ambil untuk mengelakkan kekejangan kaki?

1. Buat regangan kaki terutamanya di bahagian betis sebelum tidur.

2. Apabila mengalami kekejangan, luruskan kaki kemudian, goyangkan jari kaki anda.

3. Elakkan daripada menekan jari kaki apabila melakukan senaman atau regangan.

4. Jangan berdiri atau duduk dalam satu posisi untuk tempoh yang terlalu lama.

5. Jika masih mampu berdiri ketika kekejangan , jalan untuk beberapa minit. Ia membantu mengendurkan otot dan mengurangkan kesakitan.

Untuk mengelakkan kekejangan kaki disebabkan dehidrasi, pastikan anda meminum 8 hingga 12 gelas air atau susu setiap hari. Mungkin ada di antara ibu-ibu hamil yang tidak boleh minum air kosong semasa hamil. Anda boleh cuba alternatif lain seperti minum air jus yang dibuat sendiri ataupun mengambil suplemen yang mengandungi kalsium.

Kekejangan kaki tidak akan memberi masalah terhadap kandungan tetapi akan mengakibatkan rasa sakit pada kaki anda. Ambillah langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselesaan anda. Sekiranya kondisi anda agak teruk bila berlaku kekejangan kaki, dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor di klinik ataupun hospital.

(Visited 1,638 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

4 thoughts on “5 Tips Elak Kekejangan Kaki Semasa Hamil

    1. hanya orang yg pernah mengandung je tahu rasanya…tapi suami pun boleh tolong picit2 kaki kalau si isteri mengadu kebas kaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!