5 Tips Penjagaan Kecantikan Kulit Remaja

Daripada fasa kulit yang halus ketika di peringkat sekolah rendah, sedikit demi sedikit kulit wajah menjadi semakin matang seperti orang dewasa apabila masuk ke alam remaja. Yang paling menakutkan apabila datangnya masalah-masalah kulit seperti jerawat, jeragat, sun burn dan juga kulit kusam. Rasa segan pula bila nak berdepan dengan kawan-kawan dan orang lain bila kulit wajah bermasalah.

Bagaimanakah caranya untuk menjaga kulit remaja?

cara menjaga kulit remaja

Menjaga kulit di peringkat remaja adalah sangat ringkas berbanding dengan kulit orang dewasa. Ini kerana kulit remaja masih lagi muda dan tidak memerlukan rawatan kulit yang keterlaluan jika tidak diperlukan.

Tips Penjagaan Kulit Muka Remaja.

tips penjagaan kulit remaja

Tips #1 – Menjaga Kebersihan Kulit Wajah

Langkah pertama yang paling penting dalam penjagaan kulit adalah menjaga kebersihannya. Sebagai remaja, anda sudah mula mempunyai banyak aktiviti diluar sehinggakan kulit wajahnya pun menjadi lebih terdedah dengan debu, kotoran dan peluh.

Oleh itu, anda tidak boleh malas-malas membersihkan kulit wajah anda setiap hari. Ini kerana kulit wajah akan menjadi cukup sensitif saat sudah memasuki akil baligh. Kenapa kena bersihkan? Ya, sebabnya jerawat akan muncul pada kulit yang tidak bersih dan mempunyai liang pori tersumbat dan berminyak.

**Periksa dulu jenis kulit samaada kulit kering, berminyak atau normal sebelum membeli sebarang produk penjagaan kulit termasuk juga pencuci muka. Ini penting bagi memastikan produk yang anda pilih adalah sesuai untuk anda.

Baca juga : Pencuci Muka Nutriwhite, Tanpa Bahan Kimia, Selamat dan Berkesan

Tips #2 – Gunakan Sunblock atau Sunscreen

Aktif berolahraga, bersukan dan lain-lain aktiviti luar memang bagus untuk kesihatan. Namun, yang dapat menjadi kurang menyenangkan adalah kulit wajah anda akan menjadi kusam atau terkena sunburn.

sunburn

Maka dengan itu, anda dinasihatkan supaya menggunakan sunblock atau sunscreen sebagai krim pelindung dari sinar matahari apabila berada ditempat yang terbuka atau terdedah dengan cahaya matahari yang terik.

Sapukan krim pelindung sinar uv pada wajah, tangan, dan kaki. Selain itu, pastikan juga bahawa krim pelindung yang anda gunakan memiliki kandungan SPF yang tinggi, sehingga krim tersebut dapat melindungi kulit lebih lama. Nak tahu apa krim pelindung uv yang terbaik? Jom klik sini >> Krim Pelindung UV, Bebas Bahan Kimia Berbahaya.

Tips #3 – Mengambil Air Kosong Secukupnya.

Air kosong

Cuba kira berapa gelas sehari anda minum air kosong setiap hari? Paling bagus, amalkan 8 gelas air setiap hari.

Ini kerana air kosong sangat penting peranannya dalam pertumbuhan tubuh anda yang masih remaja. Air putih menyumbang kepada kelancaran sistem di dalam tubuh anda, termasuk metabolisme tubuh.

Banyak manfaat yang boleh anda perolehi apabila mengamalkan meminum air kosong yang mencukupi setiap hari. Kulit anda menjadi lebih lembap dan tegang apabila minum cukup air. Untuk mengetahui lebih lanjut manfaat minum air kosong, jemput baca di entri Jida yang terdahulu.

Tips #4 – Gunakan Masker Wajah

Skrub kopi

Masker wajah yang memiliki kandungan vitamin serta mineral yang sangat baik untuk kulit adalah langkah berikutnya untuk merawat kulit anda yang masih remaja. Anda tak perlu membeli produk masker wajah yang berharga mahal di farmasi. Namun sebaliknya anda boleh melakukannya sendiri dirumah menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Selain menjimatkan wang, ianya juga senang untuk dibuat sendiri dan menggunakan hanya bahan semulajadi. 

Berikut Jida sertakan pautan yang boleh anda cuba untuk membuat masker anda sendiri.

>> Masker Daripada Bahan Semulajadi

**Rutin ini biasanya dilakukan dua kali atau sekali seminggu sahaja.

Tips #5 – Pastikan Tiada Kekotoran Pada Wajah Sebelum Tidur

cuci tangan

Langkah perawatan yang terakhir adalah membersihkan wajah anda sebelum pergi tidur. Langkah ini merupakan hal yang sangat penting untuk dilakukan, kerana tidur adalah saat di mana kulit melakukan regenerasi sel paling besar selama sehari.

Adalah sangat rugi jika anda tidur dengan kondisi wajah yang kotor kerana proses regenerasi sel kulit wajah dapat menjadi terbantut. Terutamanya jika anda sudah mencuba-cuba untuk menggunakan make up di siang hari.

Lapisan bedak, foundation, maskara dan sebagainya tidak sepatutnya ada ketika anda tidur. Maka, pastikan wajah anda bersih ya sebelum tidur.

Ok lah, itu sahaja tips Jida untuk kali ini. Semoga berguna ya.

(Visited 101 times, 13 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!