5 Tips Kurangkan Simptom Alahan

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya daripada 10 wanita mengandung yang Jida pernah jumpa mungkin ada seorang atau dua sahaja yang tidak ada alahan. Kebanyakkannya daripadanya ada mengalami alahan, cuma yang membezakannya hanyalah tahap ‘kritikal’ alahan tersebut. Khas untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami alahan, Jida sediakan satu entri mengenai 5 info kurangkan simptom alahan .

vomit-ibu mengandung

Berikut adalah 5 panduan yan boleh anda ikuti di saat mengalami alahan.

1. Jauhkan diri daripada makanan berbau kuat yang boleh menyebabkan loya. Melalui pengalaman sendiri, Jida tak boleh hidu bau minyak menggoreng. Walaupun sebenarnya baunya takdelah kuat , tapi boleh mengundang pening kepala dan loya.

2. Kurangkan makanan pedas, berminyak dan makanan tinggi lemak.

3. Apabila bangun daripada katil, lakukan secara perlahan-lahan. Bangun secara tiba-tiba boleh menambah rasa pening dan loya.

4. Ambil minuman yang boleh melegakan perut seperti air lemon atau air teh halia.

5. Pil tambahan seperti zat besi kadang kala boleh menyebabkan loya. Pastikan anda ambilnya bersama dengan makanan lain.

Semoga info ini membantu anda dalam melalui fasa-fasa kehamilan dan anggaplah alahan yang dialami sepanjang kehamilan sebagai ujian kecil buat anda dalam usaha menjaga zuriat anda sedari dalam kandungan. Insha Allah, pengalaman-pengalaman mengandung seperti alahan ini bakal dirindui dan menjadi pengalaman terindah suatu masa nanti.

(Visited 462 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!