6 Cara Mengendalikan Anak Ekzema

Bila anak ada eczema, susahnya hati seorang ibu dan ayah melihatnya. Kasihan pada anak kecil yang kelihatan tidak selesa dan merengek-rengekĀ  dek eczema yang melanda. Kadang-kadang ada juga yang terpaksa berjaga malam kerana keadaan eczema anak yang teruk.

Apa itu Eczema

Eczema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah eczema disertai dengan masalah asthma.

Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, eczema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena eczema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan eczema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah. Eczema yang teruk memang kelihatan hodoh dan menjijikkan.

Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (contohnya sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).

cara mengendalikan eczema

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan oleh ibu dan bapa dalam mengendalikan anak eczema.

1. Pastikan badan anak anda di lap sehingga kering terutama di bahagian pelipat setiap kali selepas mandi.

2. Sapukan krim pelembap disekitar kulit yang kering.

3. Tukar baju anak sekiranya berpeluh. Pastikan pemilihan fabrik juga bersesuaian dan menyerap peluh dengan baik.

4. Pastikan rumah adalah bebas dari habuk dan debu.

5. Tukar sabun basuh baju dan mandi kepada yang lebih semulajadi dan kurang berbau wangi.

6. Sediakan sendiri makanan untuk anak bagi mengurangkan risiko alergik.

Semoga dengan perkongsian ringkas ini dapat membantu ibu bapa yang menghadapi masalah ini. Insha Allah.

(Visited 21 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!