6 Faktor Utama Rambut Beruban Di Usia Muda

Baru-baru ni tertengok satu iklan di kaca TV. Kisahnya ialah mengenai seorang lelaki ingin mengahwini seorang wanita tetapi perkahwinan mereka ditentang dek kerana bapa pengantin perempuan tidak sukakan pengantin lelaki yang telah beruban seluruh rambutnya walaupun hakikatnya dia masih muda. Walaupun iklan itu berbentuk jenaka dan penonton pasti tergelak-gelak melihatnya, akan tetapi hakikatnya memang ada je orang muda yang beruban putih sebelum waktunya.

Rambut beruban bukan hanya didominasi oleh orang tua sahaja kerana ramai anak muda dibawah usia 30an sudah memiliki rambut putih. Keadaan ini juga boleh dikatakan banyak berlaku kepada kaum lelaki.

Rambut beruban

Antara sebab terjadinya rambut beruban adalah seperti berikut:-

1. Faktor genetik

Kalau berkaitan dengan genetik, ia memang tidak boleh dicegah atau disembuhkan kerana metabolisme pembentukan pigmen pada orang tua yang mengalami rambut beruban lebih awal akan membuatkan anak mempunyai peluang yang sama.

Yang ni memang Jida pernah tengok sendiri sebab saudara jauh Jida sendiri yang kena. Anaknya baru awal 20-an, tetapi dah beruban seluruh rambut. Bila tanya kat mak, mak bagitau dulu mak dia pun muda-muda pun dah beruban macam tu juga. Kiranya dia mewarisi genetik maknya la kiranya.

2. Kekurangan Vitamin

Tubuh yang kurang vitamin B dan zat besi juga boleh menjurus tumbuhnya uban. Contohnya, mereka yang mempunyai anemia atau kekurangan sel darah merah.

Jadi, nak mencegah uban tumbuh awal, kenalah rajin amalkan vitamin ya!

Artikel Berkaitan : Multivitamin Yang Dapat Mengatasi Masalah Rambut Gugur.

3. Kekurangan Gizi

Kekurangan gizi boleh membuatkan jumlah enzim pembentukan pigmen berkurangan. Makanan berprotein sangat diperlukan dalam tubuh untuk membentuk enzim dan mengelakkan tumbuhnya uban.

4. Gaya Hidup

Terdedah kepada asap rokok boleh menambahkan radikal bebas dalam tubuh. Begitu juga kalau anda sering merokok boleh membantu membuatkan rambut cepat beruban.

5. Rawatan tidak sesuai

Jika anda sering mewarnakan rambut, ia juga menjadi faktor untuk rambut cepat beruban. Proses pewarnaan yang kurang baik atau kandungan kimia yang tidak sesuai dengan kulit kepala.

6. Kesan Radiasi

Anda yang pernah mengalami masalah kesihatan seperti kanser sangat cepat dalam membantu pertumbuhan uban.

Tentu sahaja anda merasa bingung, keliru dan malu untuk berdepan dengan orang ramai jika rambut beruban di usia yang masih muda. Namun begitu, anda boleh cuba untuk mencegahnya dengan mengamalkan tips-tips di bawah ini.

1. Elakkan Tekanan

Nikmati kehidupan anda dengan penuh kegembiraan. Tekanan dalam menjalani hidup boleh mempercepatkan timbulnya uban.

Rambut beruban

2.Makanan Seimbang

Ambillah makanan bergizi dan pola makanan seimbang. Pilih makanan berprotein tinggi, mempunyai kandungan rendah lemak dan buah-buahan.

3. Senaman

Senaman yang teratur dan mencukupi bukan sahaja boleh menenangkan fikiran tetapi memperlambatkan tumbuhnya uban.

4. Nutrisi Untuk Rambut

Rambut juga memerlukan nutrisi. Dapatkanlah vitamin yang khusus untuk rambut dan gunakanlah pelembap rambut. Pengambilan makan seimbang juga perlu diambil kira untuk mencukupkan nutrien seharian. Kalau boleh, berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat.

Di harapkan dengan sedikit info ini dapat membantu anda yang mengalami masalah rambut beruban di usia muda.

Sekiranya anda merasakan info ini bermanfaat, jangan lupa tekan SHARE ya! Terima Kasih.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua

Ruzidah Abdullah

013-6691930

(Visited 118 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “6 Faktor Utama Rambut Beruban Di Usia Muda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!